MENGEMAS kini sesebuah model melalui perubahan warna sebelum dinamakan dengan nama khas bukan perkara aneh dalam industri automotif.
Strategi itu sebenarnya sudah menjadi trend, termasuk dilakukan pengeluar premium. Di beberapa pasaran misalnya, varian Black Edition untuk sesebuah model sudah jadi trend perkara biasa.
Cuba taip Black Edition di pelayar internet dan enjin carian akan memaparkan beberapa jenama varian tersebut.
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Persona Black Edition (2021)? Harga RM54.7k
BACA >>> Kia Sportage JBL Black Edition (2021) Tawar Pembesar Suara Premium Berkualiti
Terbaharu, Jaguar menawarkan F-Pace R-Dynamic Black yang hadir dengan perubahan kosmetik. Secara am, model ini menerima ciri konektiviti dan teknologi bantuan pemandu.
Apa Istimewa F-Pace R-Dynamic Black?
Semestinya warna hitam untuk beberapa komponen. Secara spesifik, model kenderaan utiliti sukan (SUV) prestasi dengan pakej Black Pack itu dilengkapi komponen hitam kilat pada:
- Cermin sisi.
- Gril dan frem gril.
- Sekeliling tingkap sisi.
- Rel bumbung.
- Bumbung panoramik
- Ventilator fender dengan logo Jaguar Leaper.
- Pendakap (valance) belakang dan logo.
- Rim Style 1067 saiz 20 inci dan kombinasi kaliper brek warnamerah.
- Warna baharu, Ostuni White (putih).
Ruang Dalaman
- Kemasan Satin Charcoal Ash.
- Pedal sport bright metal.
- Pencahayan ambien Premium Cabin Lighting\ dipertingkat.
Perubahan hanya melibatkan permainan warna, tetapi berjaya menyerlahkan 'imej jahat' SUV ini, terutama warna Otsuni White dan padanan rim hitam yang memenuhi gerbang roda.
Sama seperti F-PACE lain, varian R-Dynamic Black ditawarkan dalam beberapa pilihan enjin Ingenium, daripada hibrid rianga (MHEV) diesel dan petrol PHEV.
Enjin buatan Jaguar Land Rover itu dipadankan bersama transmisi automatik 8-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) pintar.
Selain varian R-Dynamic Black, Jaguar turut memperkenalkan beberapa ciri pada F-Pace seperti berikut:
- Sistem Cabin Air Purification Plus dengan dua ciri baharu, Air Purge dan pengesan Cabin CO2.
- Air Purge berfungsi menyegarkan udara dalam kabin sebelum penumpang masuk melalui tetapan pemasa pada unit infotainment skrin sentuh atau aplikasi kawalan mobil jauh Jaguar Remote App.
- Pengesan Cabin CO2 mengawasi dan mengawal tahap karbon dioksida (CO2) dalam kabin.
- Unit infotainment dengan aplikasi standard seperti Spotify, Apple CarPlay® dan Android Auto™.
- Ada konektiviti wayarles seperti Apple CarPlay® dan Android Auto™ dengan kemas kini atas talian software-over-the-air (SOTA).
- Sistem Pivi Pro dengan fungsi sambungan dua telefon serentak melalui Bluetooth.
- Fungsi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Bantuan Stereng, berfungsi mengekalkan kereta di lorong tengah selain mengekalkan jarak dengan kenderaan depan.
- Pilihan tayar dengan fungsi pulih sendiri (self-sealing) menerusi lapisan kedap (sealant) yang mana objek yang menembus masuk tayar akan segera ditutupi kedap udara dan tekanan udara supaya kereta boleh terus dipandu.
Pilihan Enjin F-Pace
Petrol
- 2.0L turbo 4-silinder (248hp).
- 3.0L MHEV e-supercas 6-silinder (398hp).
- 2.0L PHEV turbo 4-silinder (402hp).
- 5.0L V8 supercas (498hp), eksklusif untuk SVR.
Diesel
- 2.0L MHEV turbo 4-silinder (161hp).
- 2.0L MHEV turbo 4-silinder (202hp).
- 3.0L MHEV sekuensial-turbo 6-silinder (298hp).
Jaguar F-PACE SVR
Ini varian prestasi tinggi dengan enjin 5.0L V8 supercas berkuasa 498hp dan tork 700Nm dengan ketangkasan seperti kereta sport. Melalui fungsi Dynamic Launch, F-Pace SVR mampu memecut 0-100kmj sepantas 4 saat dan kelajuan maksimum 286kmj.
Harga?
F-Pace ditawarkan di Britain pada harga bermula £40,675 (RM237,950) untuk varian 2.0L diesel D165 AWD Auto Core, manakala varian tertinggi 5.0L V8 SVR berharga £78,165 (RM457,270).
Seperkara lagi perlu diketahui, ada varian khas yang dijual rasmi di pasaran Malaysia, iaitu F-Pace Edisi Terhad, iaitu sebanyak 20 unit sahaja. Harga ditawarkan RM436,420.82 untuk F-Pace Prestige, RM470,212.97 untuk R-Sport (pertengahan) dan R-Sport (Premium), RM485,430.
BACA >>> #BikinKereta: Jaguar E-Type Lebih 40 Tahun Ini Dibaik Pulih Sempurna
BACA >>> Duduk dalam Jaguar XE SV Project 8 dan Berlumba di Nürburgring dengan Caj RM943 (2018)
BACA >>> 12 Fakta Pantas: Jaguar F-Pace Edisi Terhad Kini di Malaysia, Harga Mula RM436k
Leave a Reply