Satu video aksi seorang penunggang motosikal naked Honda GL Pro mengangkut skuter Yamaha XMAX menjadi tular di Indonesia dan menarik perhatian media utama negara republik berkenaan.
Klip video itu memaparkan skuter XMAX lengkap bersama kotak simpanan barang itu diletakkan di atas tempat duduk penumpang Honda GL Pro dan diikat menggunakan tali.
Rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram @enamon_jokes itu tidak menyatakan lokasi tepat kejadian berlaku tetapi netizen Indonesia menyatakan ia di kawasan Gunung Bromo di Jawa Timur.
BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar XMAX, Aerox 155 Edisi Maxi Signature
BACA >>> Singapura Mahu Haram Motosikal Lama Bermula 1 Julai 2028
Honda GL dianggap sebagai sebuah motosikal berusia dalam pasaran Indonesia tetapi bersifat lasak dan mampu membawa muatan berat selain menjadi mod pengangkutan.
Sebenarnya, peraturan di Indonesia menetapkan bahawa lebar barang yang dibawa menggunakan motosikal tidak melebihi panjang bar hendal dan tinggi tidak lebih 900mm dari permukaan pelana. Ukuran panjang pula, tidak lebih saiz motosikal pengangkut.
Syarat itu sudah ditetapkan dalam PP Nombor 74 Tahun 2014 Artikel 10 Perenggan (4) dan Artikel 11 Pengangkutan Jalan Raya.
Antara kesan mengusung motosikal berat di atas motosikal lain boleh menyebabkan trenkuasa kenderaan pengangkut terpaksa bekerja lebih keras dan berdepan beban tekanan yang boleh mengakibatkan kerosakan mekanikal.
BACA >>> Bocor Lakaran 3D, Dedahkan Rupa Sebenar Honda ADV 350
BACA >>> Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Fork Boleh Bocor, Rosak?
View this post on Instagram
Sumber: Kompas
Leave a Reply