• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hishammuddin: Kerajaan Sedia Longgar Aktiviti Risiko Rendah untuk Negeri Fasa 1

Hishammuddin: Kerajaan Sedia Longgar Aktiviti Risiko Rendah untuk Negeri Fasa 1

August 10, 2021 By Han Othman Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN sedang menimbang kelonggaran untuk aktiviti berisiko rendah kepada penduduk di negeri yang masih di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ini dimaklumkan Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menurutnya bagi memastikan keperluan kesihatan mental rakyat terjaga.

"Meskipun kita masih berada dalam Fasa Satu, berkaitan isu kesihatan mental kita boleh mempertimbang beberapa aktiviti yang selamat seperti pergi ke taman dan pasar-pasar malam terbuka, semua ini kita sedang pertimbang (untuk beri) kelonggaran," katanya dalam sidang media secara digital hari ini.

Bagaimanapun, perkara itu belum dapat diumumkan buat masa ini kerana memerlukan pandangan pakar kesihatan.

sekolah-asrama-penuh-1
sekolah-asrama-penuh-2

Sidang media itu adalah pertama diadakan sejak pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Kluster Keselamatan yang bertanggungjawab mengumumkan perkembangan PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Mengulas kelonggaran rentas negeri untuk ibu bapa yang sudah lengkap vaksinasi dibenarkan berjumpa anak-anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah, Hishammuddin menjelaskan keputusan itu dibuat bersandarkan kedudukan dan kesejahteraan mental dan aspek kekeluargaan yang perlu diambil kira selepas sekian lama berdepan sekatan tersebut.

Bagaimanapun kelonggaran bagi golongan bujang berjumpa ibu bapa tidak dapat dilaksana kerana jumlah golongan itu terlalu ramai selain berisiko tinggi.

Justeru buat masa ini ibu bapa yang ada anak umur 18 tahun ke bawah dan tinggal berasingan dibenarkan rentas negeri. Jika jumlah kes Covid-19 tidak meningkat susulan keputusan itu, Kerajaan bersedia meluaskan kelonggaran rentas negeri kepada golongan bujang pula.

SUMBER: Bernama

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Pelan Pemulihan Negara (PPN), PKP, PPN Fasa 1, Rentas Negeri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev