• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PM Umum 'Ganjaran' Khas Buat Penerima Dos Vaksin Lengkap, Mula 10 Ogos Ini

PM Umum 'Ganjaran' Khas Buat Penerima Dos Vaksin Lengkap, Mula 10 Ogos Ini

August 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

509
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan beberapa ‘ganjaran’ khas untuk mereka yang menerima vaksin lengkap tetapi dihadkan kepada semua negeri yang berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke atas.

Pelepasan bersyarat ketat itu merangkumi kelonggaran aktiviti sosial, ekonomi dan juga keagamaan yang akan bermula pada 10 Ogos 2021, Selasa ini.

1. Status Semasa Negeri Fasa PPN

  • Fasa 1: Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Fasa 2: Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah
  • Fasa 3: Perlis, Sarawak dan Labuan

2. Syarat Kelonggaran Mengikut Vaksin

  • Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac: Lengkap 2 dos suntikan dan sudah lepas tempoh 14 hari suntikan dos kedua.
  • Johnson & Johnson dan CanSino: Pemerima perlu melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Senarai Kelonggaran

Bagi semua individu yang memenuhi syarat nombor 1 dan 2 di atas, Kerajaan dengan persetujuan Kementerian Kesihatan membenarkan aktiviti berlangsung:

Keluarga
  • Pasangan suami isteri jarak jauh yang mendapat vaksin lengkap dibenarkan merentas negeri dan daerah. Perlu tunjuk sijil digital vaksin penuh kepada petugas Sekatan Jalan Raya.
  • Ibu bapa lengkap vaksin dibenarkan bertemu anak - Boleh merentas negeri atau daerah.
Keagamaan
  • Masjid dan surau dibenarkan menerima jemaah yang selesai semua syarat vaksin dan perlu pulang segera selepas selesai solat.
  • Semua kemasukan perlu menunjukkan sijil digital pada Mysejahtera. Syarat sama untuk rumah ibadat lain (bukan Islam).
Dine-In
  • Perlu ada notis terima pelanggan dine-in iaitu mereka yang selesai vaksin dos lengkap.
  • Pengusaha kedai makanan atau restoran perlu pastikan susun atur meja ikut jarak dan premis ada sistem pengudaraan baik.
  • Pemilik premis perlu papar jumlah pekerja yang sudah menerima vaksin lengkap.
  • Bilangan pelanggan di setiap meja dihadkan 50 peratus mengikut kapasiti meja dan perlu patuh jarak fizikal minimum 1 meter.
  • Ada risiko tinggi jangkitan boleh berlaku sebab pengunjung akan buka pelitup muka untuk makan. Dinasihatkan jangan melepak terlalu lama.
Pelancongan
  • Aktiviti melancong dalam negeri sama dibenarkan, melibatkan homestay dan hotel.
  • Perlu tunjuk sijil lengkap vaksin digital sebagai bukti.
Sukan, Riadah dan Rekreasi
  • Aktiviti sukan dibenarkan ialah jogging, senaman taichi, berbasikal, main papan luncur (skateboard), memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), golf, permotoran dan lain-lain.
  • Semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial terbuka (outdoor) dibenarkan dibuka dengan pematuhan 60 peratus kapasiti kawasan/penggunaan.
  • Untuk fasiliti sukan dan rekreasi awam, keputusan dan semua syarat tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan.
  • Kehadiran petugas atau tenaga kerja dihadkan 60 peratus. Masa operasi cuma jam 6 pagi hingga 10 malam.
  • Aktiviti dine-in di restoran atau kafe club house (bukan kelab malam) dibenarkan. Perlu patuh semua syarat ditetapkan kerajaan.

Related

509
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Covid-19, Kawalan pER, kelonggaran Fasa 2, Pelan Pemulihan Negara (PPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev