LEGENDA motosikal dunia, Valentino Rossi rasmi mengumumkan persaraannya dalam karier MotoGP selepas berakhir musim ini.
Pengumuman itu menandakan berakhirlah karier beliau sebagai pelumba profesional selama 26 tahun dengan meraih 9 kali kejuaraan dunia, termasuk 7 kali dalam kelas premier. Beliau juga mencatatkan 199 kali podium daripada 363 penampilan dalam kelas MotoGP dan 89 kali menjadi juara
Rekod penampilan keseluruhan sejak era 125cc bermula 1996 hingga saat ini mencatatkan 423 penampilan
Keputusan itu diumumkan Rossi, 42, dalam sidang media khas yang dibuat menjelang MotoGP Austria, petang semalam.
Sejak sebelum musim bermula, The Doctor berulang kali menyatakan yang masa depan kariernya dalam MotoGP bergantung kepada keputusan musim ini. Namun, siapa menyangka, penghijrahan ke pasukan satelit Petronas Yamaha SRT, walaupun diberikan jentera kilang, masih gagal memberikan keputusan diingini.
BACA>>> Rossi Tentukan Masa Depan Musim Panas Ini
BACA>>> Rossi Terlalu Tua untuk Jadi Pelumba Ferrari Le Mans Hypercar
Malah setakat ini, beliau terperosok di tangga ke-19 dan gagal meraih sebarang podioum. Keputusan terbaik pernah diperoleh adalah tempat ke-10 di Itali. Jadi, Rossi nampaknya tidak bermain-main dengan apa yang pernah dikatakannya sebelum ini.
Juga tercetus khabar menyatakan Putera Arab Saudi, Putera Abdulaziz Abdulah Saud mahukan Rossi meneruskan kariernya dalam MotoGP dengan menyertai adiknya Luca Marini dalam pasukannya sendiri, VR46 Ducati Team untuk musim 2022.
Namun bagi Rossi, semua itu sangat sukar dilakukan.
Aku ambil keputusan berhenti selepas habis musim ini dan ini akan jadi separuh musim terakhir aku sebagai rider MotoGP
"Susah bak hang. Semua ni detik yang sedih sebab susah untuk cakap dan tau yang musim depan aku dah tak lumba lagi. Aku dah buat semua ni lebih kurang 30 tahun. Jadi tahun depan hidup aku akan berubah.
"Tapi macam mana pun, semuanya hebat. Aku sangat enjoy. Semuanya perjalanan yang sangat, sangat panjang. Betui-betui seghonok. 26 tahun dalam kejuaraan dunia. Aku ada detik yang tak dapat dilupakan dengan semua pasukan aku dan semua orang yang kerja dengan aku.
"Dalam semua sukan, keputusan berikan perbezaan, tapi akhirnya itulah cara yang betui. Aku ada peluang nak racedengan pasukan sendiri dalam MotoGP dengan adik aku tahun depan. Dah tentu aku suka. Tapi macam mana pun, rasanya lagi ok kot kalau aku buat macam apa yang aku pikiaq sekarang. Aku dah tak boleh nak komplen pasal karier aku."
BACA >>> Stoner Hidap Sindrom Letih Kronik, Punca Dia Tidak Lama dalam MotoGP
BACA >>> Stoner Sedih Rossi Tak Mengancam Macam Dulu, Ke Petronas SRT Seperti Turun Pangkat
BACA >>> Rossi: "Jentera MotoGP Moden Lebih Menguji Fizikal Berbanding Dahulu"
SUMBER: Crash.net
Leave a Reply