SELAIN Iriz (2022), Proton hari ini turut melancarkan secara rasmi Persona (2022), iaitu model sedan segmen-B untuk pasaran tempatan pada harga bermula RM45,800.
Bagi Persona (2022), Proton mempertaruhkan Premium sebagai varian paling eksklusif dan moden, manakala rekabentuk sedan subkompak ini turut diperbaharui supaya lebih segar dan relevan di pasaran.
BACA >>> #Spyshot: Proton Persona Dapat Lampu Belakang Baharu? Iriz Ala Crossover?
BACA >>> Tentang Proton Iriz (2022) Baharu yang Perlu Anda Tahu, Lebih Kemas dan Mengancam!
Apa menarik tentang Persona (2022)? Mari kami ringkaskan buat anda:
- Menampilkan tiga varian, iaitu Standard, Executive dan Premium yang dijana enjin 1.6L VVT dengan transmisi automatik CVT.
- Unit infotainment skrin sentuh kini bersaiz 8 inci (untuk Executive dan Premium sahaja).
- Ventilator penyaman udara direka baharu, dengan panel kawalan dalam paparan digital.
- Ada penapis udara N95 untuk memberikan kualiti udara lebih bersih untuk semua varian.
- Setiap varian dibekalkan 6 port USB, iaitu 3 di depan dan 2 di belakang, serta satu lagi pada cermin pandang belakang untuk kegunaan kamera pemuka (dashcam).
- Ada suis ECO untuk menggalakkan pemandu memandu lebih cekap dan mengurangkan penggunaan bahan api
- 4 beg udara untuk Standard, dan 6 beg udara untuk Executive dan Premium.
- Mendapat penarafan Asean NCAP sebanyak 5-bintang dengan ciri keselamatan menyeluruh seperti struktur badan diperkuat menggunakan keluli teganga tinggi HPF (Hot Press Formed), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Bantuan Pegun Bukit (HHA) sebagai standard.
- Tiada perubahan ketara pada rekabentuk Persona (2022). Rekaan lampu utama dan lampu belakang kekal sama serta masih mengekalkan gril Infinite Weave dengan frem Ethernal Bow.
- Rim aloi 15 inci untuk Standard, dan 16 inci untuk Executive dan Premium. Rekaan rim sport varian Premium lebih ringkas berbanding Executive yang lebih sofistikated.
- Lampu utama jenis halogen untuk Standard dan Executive (tetapi ada lampu siang (DRL) LED), sebaliknya Premium diberikan lampu utama LED.
- Kunci pintar dengan butan tekan mula (push-start) untuk Executive dan Premium.
- Varian Premium mendapat ciri tambahan seperti berikut:
- Rekaan kabin dipertingkat dengan kemasan kulit sintetik (leatherette) coklat, sama warna seperti model SUV X70.
- Ada ciri arahan suara (voice command) untuk kawalan penyaman udara dan tingkap pemandu.
- Ada fungsi navigasi atas talian.
- Rim aloi 16 inci rekaan tersendiri.
- Bumbung hitam.
BACA >>> Foto Bocor Dedah Gaya Moden Proton Persona MC2, Iriz ACTIVE
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Persona Black Edition (2021)? Harga RM54.7k
Firdaus says
Bulanan dalam berapa ye
Fyra says
Pm saya 012-2484549 safairah proton sales advisor utk maklumat lbh lanjut . Tq
Hafezuddin says
Call dan wassp sy
Saya Sales Advisor Proton Platinum Idcc shah alam, seksyen 15
011-1744 9846