BERITA terbaharu yang baru kami terima, Benelli MV Tornado 125, pencabar baharu segmen moped sah akan masuk pasaran Malaysia, tahun depan.
Menurut sumber dipercayai, Benelli MV Tornado 125 yang juga pencabar Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R bakal menembusi pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Buat masa ini, Benelli MV Tornado 125 masih lagi dalam peringkat ujian.
EICMA 2015
Mula membuat tontonan umum semasa di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2015, Benelli MV Tornado 125 akan didatangkan dengan enjin bersesaran 125cc. Buat masa ini, tiada sebarang spesifikasi Benelli MV Tornado 125 didedahkan.
BACA>>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…
HARGA
Manakala dari segi harga kami menjangkakan ia akan dijual pada mampu milik. Yang pasti, kehadiran Benelli MV Tornado 125 ini bakal memberi saingan hebat buat pesaingnya.
Apa-apapun, teruskan bersama PanduLaju dan kami akan sampaikan lebih banyak informasi berkaitan Benelli MV Tornado 125 sebaik saja menerima maklumat baharu.
Kredit Foto MotoSaigon
ZULCANFLY says
Wow menarik, fork pon mengancam. Mana ada motor moped pakai macam ni
adeq says
Benelli ne kelebihannya dia pakai 3 biji plug walau cc125. acc pun lebih baik.cuma kena kerja keras sikit la klu nak bersain dng jenama yg sedia ada seperti yamaha honda suzuki serta kawasaki.tetapi dia ada kekuwatanya sendiri satu lagi kelebihanya make in italy