• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Super Cub C125 (2022) Versi Dipertingkat Lancar di Indonesia, Harga RM21k!

Honda Super Cub C125 (2022) Versi Dipertingkat Lancar di Indonesia, Harga RM21k!

August 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

577
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ASTRA Honda Motor (AHM) melancarkan Super Cub C125 (2022) versi naik taraf yang hadir dengan perubahan aspek mekanikal selain pilihan warna lebih segar pada harga 73,645,000 rupiah (RM21,670).

Kapcai edisi 2022 itu ditawarkan dalam warna baharu, Matte Axis Gray Metallic (kelabu) bersama dua pilihan warna sedia ada Pearl Niltava Blue (biru) dan Pearl Nebula Red (merah).

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul
BACA >>> #BikinMotor: Crossbreed - Motosikal Basikal Adunan BMX+Honda Cub

Berikut perincian Super Cub C125 (2022):

  • Ada kenaikan harga mendadak berbanding tanda harga 55 juta rupiah (RM16,190) pada pelancaran 2018 lalu.
  • Trenkuasa jenis 4-lejang 2-injap silinder tunggal 125cc SOHC 125cc dengan spesifikasi gerek dan lejang berbeza, 50mm x 63.1mm (diameter piston 50mm). 
  • Nisbah mampatan 10:1 berbanding model terdahuli, 9.3:1.
  • Menghasilkan kuasa 9.8hp dan tork 10.4Nm berbanding 9.0hp sebelum ini. Sistem transmisi kekal sama, klac automatik 4-kelajuan.
  • Ada tambahan peg kaki dan pelana untuk pembonceng. Model sebelum ini cuma pelana tunggal untuk penunggang. Tambahan komponen baharu menyebabkan berat motosikal naik 3kg daripada 107kg  kepada 110kg.
  • Kapasiti tangki petrol dikekalkan pada 3.7 liter.

BACA >>> eCub - Motosikal Elektrik Kustom Berasaskan Kapcai Honda Cub dan Super Cub
BACA >>> Kapcai Popular Malaysia dan Nama Lain di Luar Negara [Siri 1]
BACA >>> Kapcai Popular Malaysia dan Nama Lain di Luar Negara [Siri 2]

SUMBER: Honda

Related

577
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: astra honda, Astra Honda Motor (AHM), honda cub, Honda Indonesia, Honda Super Cub C125, Hondaa Kapcai, Kapcai, PT Astra Honda Motor (AHM), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my