• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda Super Cub 125X - Redah Off-Road 450km? No Problem!

#BikinMotor: Honda Super Cub 125X - Redah Off-Road 450km? No Problem!

August 2, 2021 By Aryon Leave a Comment

786
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENGKEL Motocicli Audaci di Italy melakukan modifikasi unik dan menarik apabila mengubah suai Honda Super Cub C125 menjadi motosikal off-road klasik dengan penampilan berubah sepenuhnya.

Kapcai versi modifikasi itu diberikan nama Honda Super Cub 125X. Bukan hanya kemampuan off-road, tetapi pada masa sama Motocicli masih mengekalkan nilai estetika siri Cub pada model berkenaan.

honda-supercub-c125-italy-bikin-8
honda-supercub-c125-italy-bikin-7

Penampilan paling ketara ialah set tayar dadu bagi membantu meningkatkan kestabilan atas jalan.  Sistem suspensi ditukar kepada fork telekospik Öhlins di depan yang meningkatkan ketinggian motosikal 38.1mm, manakala dwi-absorber belakang juga jenama Öhlins,

Bagi menyerlahkan rupa klasik dan scrambler, pasukan mekanik Motocicli memotong fender belakang dan memasang tinggi fender depan.

BACA >>> Pelajar Jepun Reka Honda Super Cub C100 (1958) Guna Kadbod

honda-supercub-c125-italy-bikin-8
honda-supercub-c125-italy-bikin-11

Lampu depan bulat dikekalkan, tetapi signal belok ditanggalkan. Bar hendal diubah kepada bar tiub supaya lebih tinggi, sekali gus menepati tema off-road yang mahu ditampilkan. Di belakang, lampu belakang direka semula dan disepadukan bersama fender.

BACA >>> #BikinMotor: Honda Astrea 800 Jadi Super Cub Jepun, Kenapa Perlu Bayar Lebih?

Juga tidak dilupakan tambahan kowl enjin untuk melindungi bahagian enjin daripada kotoran ekstrem seperti lumpur, debu dan pasir.

Supr Cub 125X itu juga dipasangkan gad brek yang membantu meghalang percikan lumpur, dan mengurangkan prestasi brek, sekali gus membantu kapcai tersebut lebih agresif dan menarik dipandang.

Sistem ekzos turut dipertingkat dengan bahagian paip dibalut fabrik klasik khas, dan ditutup penutup daripada gentian karbon.

Bahagian pelana jenis rata dan memanjang serta dibalut kulit Alcantara berkualiti tinggi. Bahagian badan menggunakan warna Sand Yellow yang akalu diamati pada gambar seperti coklat atau hijau cair. Tiada dekal atau grafik pelik diberikan bagi mengekalkan nilai klasik siri Cub.

Kapcai ini dikatakan sudah menyertai acara off-road bagi membuktikann keupayaannya dengan ditunggang sejauh lebih 450km dalam acara Dust'n Sardinia di Itali.

Super Cub 125X ini juga bakal menyertai Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 yang dijadualkan berlangsung November tahun ini. Walaupun bukanlah kapcai berkuasa tinggi, tetapi masih boleh dipertimbangkan sebagai calon kuat dalam kategori off-road.

Trenkuasa asal Super Cub C125 dibekalkan enjin silinder tunggal 4-lejang patuh Euro 5 124cc dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 9.65hp @7,500rpm dan tork 10.4Nm @ 6,250rpm serta dipadankan kotak gear rotari 4-kelajuan.

Di Malaysia, Super Cub 125 dijual pada harga kira-kira RM14,000. Ya, bukan orang biasa-biasa hendak beli pada harga seperti ini.

BACA >>> Honda Super Cub 125 Kini di Malaysia - Harga RM13,999 Sahaja

BACA >>> #BikinMotor: Honda Super Cub C125 untuk Peminat Papan Selaju

honda-supercub-c125-italy-bikin-1
honda-supercub-c125-italy-bikin-2
honda-supercub-c125-italy-bikin-3
honda-supercub-c125-italy-bikin-4
honda-supercub-c125-italy-bikin-5
honda-supercub-c125-italy-bikin-6
honda-supercub-c125-italy-bikin-7
honda-supercub-c125-italy-bikin-8
honda-supercub-c125-italy-bikin-9
honda-supercub-c125-italy-bikin-10
honda-supercub-c125-italy-bikin-11
honda-supercub-c125-italy-bikin-12
honda-supercub-c125-italy-bikin-13
honda-supercub-c125-italy-bikin-14
honda-supercub-c125-italy-bikin-15

SUMBER: Zingnews.vn

Related

786
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: Bikin Auto, Bikin Kapcai, bikin motor, Honda, Honda Super Cub 125X, Honda Super Cub C125, Itali, Kapcai, Kapcai Off-Road, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev