REKABENTUK adalah perkara subjektif. Ada rekabentuk yang sekali pandang, terus mata terpikat, dan ada juga rekabentuk yang mengambil masa untuk dihargai.
Model-model baharu Honda berada dalam kategori kedua. Misalnya, HR-V generasi ketiga yang dipengaruhi gaya malar segar (timeless) apabila kurang mengetengahkan elemen bentuk dan garis agresif.
BACA >>> Honda City RS e:HEV Serba Baharu Umum Harga, RM105k dengan Teknologi Termaju
HR-V baharu diperkenalkan di peringkat global pada Februari 2021 dan kini mula diperkenalkan di beberapa negara.cTerbaru HR-V dilancarkan di Britain dan Honda mempunyai stratergi tersendiri di negara Eropah itu.
Tiada varian petrol 1.5L i-VTEC aspirasi normal (NA) diperkenalkan, sebaliknya pengguna di sana bakal menikmati trenkuasa hibrid menerusi varian HR-V e:HEV (hybrid electric vehicle).
Pengenalan trenkuasa hibrid itu adalah langkah terkini Honda dalam menawarkan model elektrifikasi untuk semua model penumpang jenama itu di Eropah menjelang 2022.
Apa yang menarik tentang HR-V e:HEV ?
- Penggunaan petrol hanya 4.49 liter per 100km mengikut keputusan ujian prosedur ujian kenderaan ringan harmoni sedunia (WLTP).
- Enjin e:HEV terdiri daripada dua motor kompak berkuasa tinggi yang dipadankan enjin kitaran Atkinson 1.5L DOHC i-VTEC (L15Z).
- Transmisi jenis gear tetap.
- Output gabungan kuasa 129hp (96kW) dan tork 253Nm.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 10.6 saat.
- Kadar emisi karbon CO2 - 122g/km (WLTP).
- Bateri litium-ion dengan 60 sel.
- Ada tiga mod pemanduan dikawal Unit Kawalan Elektronik (ECU) pintar.
- ECU itu secara automatik dan berterusan menukar operasi pemanduan antara Elektrik, Hibird atau Pacuan Enjin mengikut mod pemanduan paling cekap bahan api.
Dari segi rekabentuk, HR-V baharu masih mengekalkan konsep asas generasi terdahulu. Dari luar, jelas Honda mementingkan aspek keluasan ruang kabin. Melihat gambar diberikan jelas menunjukkan cara Honda menyerlahkan falsafah Man-Maximum, Machine Minimum.
Selain ruang dalam luas, perubahan paling jelas ialah papan pemuka ringkas dan minimalis. Ini sangat berbeza jika dibanding Civic generasi ke-8 yag mana klsuter instrumen dibuat bertingkat dengan kokpit pemandu ala jet pejuang.
Walaupun HR-V bukan Civic, model Honda terdahulu biasanya hadir dengan papan pemuka tersendiri.
Di Britain, HR-V ditawarkan dalam tiga varian, Elegance, Advance dan Advance Style.
Varian asas Elegance dilengkapi lampu LED, kerusi depan dengan pemanas, rim aloi 18 inci dan konektiviti telefon pintar sebagai ciri standard. Harganya? £26,960 (RM158,360). Jika mengambil kira nilai mata wang negara kita, harga itu berada pada segmen premium.
HR-V Advance pula ditambah pintu but elektrik 'Walk Away Close and Handsfree access', stereng dengan pemanas dan kemasan dalaman kulit sintetik dan fabrik. Harga varian ini £29,210 (RM171,570).
Varian tertinggi HR-V Advance Style lebih istimewa dengan tambahan audio premium, warna dwi-tona dan perincian warna jingga pada ruang dalam. Harga pula paling tinggi, £31,660 (RM185,960).
Pada harga premium, kami tidak boleh pastikan sama ada boleh dijadikan penanda aras sekiranya HR-V e:HEV dibawa masuk ke pasaran Malaysia.. Rujukan paling hampir apabila Honda membawa masuk HR-V ke pasaran Thailand dan Indonesia.
BACA >>> #TahukahAnda: 9 Ciri Menarik Honda e yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Honda e Akan Gantikan Cermin Sisi Konvensional dengan Teknologi Kamera Sisi
BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?
Leave a Reply