• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Yaris ECOVAN - Hatchback Jadi Van Kargo di Sepanyol

Toyota Yaris ECOVAN - Hatchback Jadi Van Kargo di Sepanyol

August 2, 2021 By Shawkath Leave a Comment

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TOYOTA Sepanyol melancarkan model generasi kedua Yaris Electric Hybrid ECOVan, iaitu kenderaan komersial yang dipercayai solusi terbaik pengangkutan bandar dan kaedah kiriman paling cepat.

Yaris Electric Hybrid ECOVan dibangunkan berasaskan generasi keempat Yaris yang mula memasuki pasaran pertengahan 2020 lalu.

Apa yang berbeza, kereta-van kompak itu ialah model hibrid elektrik dalam segmen kenderaan penumpang. Susun atur dalaman juga berbeza daripada Yaris lain. Ada dua varian ECOVan iaitu:

  • Business Plus - €23,373 (RM117,370)
  • Active Tech - €24,498 (RM123,020)

Kenderaan itu menggunakan trenkuasa 3-silinder Dynamic Force 1.5L berkuasa 93hp dan tork 120Nm dengan unit motor elektrik (80hp) yang menghasilkan output 116 hp, manakala transmisi pula  automatik e-CVT.

BACA >>> Terlajak Drift, Toyota GR Yaris Ini Terbabas dan Tunggang Terbalik Sampai Remuk Teruk
BACA >>> Vios Dibawa Banjir Deras, Dua Beranak Nyaris Maut

800_toyotayariselectrichybridecovan2
800_toyotayariselectrichybridecovan3

Rupa luaran Yaris Electric Hybrid ECOVan nampak seperti kereta biasa, tetapi ruang kabin cuma ada dua kerusi.

Kerusi belakang dikeluarkan untuk meluaskan ruang kargo. Ada tambahan jeriji pemisah belakang kerusi depan. Lantai kereta  dibuat daripada kayu dan silapik tikar getah untuk mengelakkan kerosakan.

Ada empat gegelung pada lantai untuk membantu pemilik mengikat barangan dengan selamat. Cermin belakang masih belum ditampal filem.

800_toyotayariselectrichybridecovan8
800_toyotayariselectrichybridecovan5

Ini memberi ruang buat pemilik memilih sama ada mahu menampal filem gelap atau membalut vinil kustom untuk mempamerkan logo syarikat atau sebarang iklan.

Ruang kargo kini 720 liter dengan saiz panjang maksimum 1,242.8mm. Lebar minimum 866.8mm dan tinggi dari lantai hingga bumbung 694.8mm. Jumlah muatan boleh dibawa tidak lebih 403kg.

800_toyotayariselectrichybridecovan6
800_toyotayariselectrichybridecovan12
800_toyotayariselectrichybridecovan11
800_toyotayariselectrichybridecovan13

Varian ECOVan iaitu Business Plus dan Active Tech hadir dengan ciri standard seperti Toyota Safety Sense, sistem multimedia Toyota Touch 2 dengan skrin sentuh 7 inci, ada konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, penyaman udara dengan ciri kawalan iklim (climate control), sensor hujan, rim aloi 15 inci, lampu kabus dan lampu utama dengan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).

Pembeli pula  Active Tech akan menerima tambahan seperti lampu belakang LED, stereng kulit, sistem penghidup tanpa kunci dan masukan pintar (keyless), kamera belakang dan unit infotainment skrin sentuh 8 inci.

BACA >>> Toyota GR Yaris Tenang 'Cucuk' BMW M2 Competition di Nürburgring
BACA >>> Toyota AE86 Ini Akan Guna Enjin GR Yaris!

800_toyotayariselectrichybridecovan1
800_toyotayariselectrichybridecovan3
800_toyotayariselectrichybridecovan2
800_toyotayariselectrichybridecovan9
800_toyotayariselectrichybridecovan8
800_toyotayariselectrichybridecovan7
800_toyotayariselectrichybridecovan6
800_toyotayariselectrichybridecovan4
800_toyotayariselectrichybridecovan10
800_toyotayariselectrichybridecovan11
800_toyotayariselectrichybridecovan12
800_toyotayariselectrichybridecovan13

SUMBER: CarScoop

Related

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Toyota Safety Sense, Toyota Spain, Yaris Electric Hybrid ECOVan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev