• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Foto Paten Dedah Scrambler Generasi Baharu, Zontes 350GK

Foto Paten Dedah Scrambler Generasi Baharu, Zontes 350GK

August 2, 2021 By Shawkath Leave a Comment

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR motosikal China, Zontes sedang bersiap sedia memperkenalkan trenkuasa generasi kedua silinder tunggal 350cc untuk satu model scrambler gaya streetbike baharu, dipanggil 350GK.

Sebelum ini, Zontes pernah menyatakan rancangan membina trenkuasa 1,000cc dan 650cc selepas rangkaian motosikal dengan enjin 312cc mendapat sambutan positif di pasaran global.

BACA >>> Zontes Mahu Bikin Motosikal 3-Silinder Prestasi Tinggi, Segmen 650cc dan 1,000cc
BACA >>> Zontes Perkenal Dua Sportbike 125cc untuk Pasaran Eropah, Harga RM15k

zontes 350 4
zontes 350 2

Rekabentuk motosikal itu pernah didedahkan awal tahun ini dan kini, imej komputer CAD daripada paten syarikat mendedahkan rupa sebenar versi pengeluaran model berkenaan.

Trenkuasa baharu itu dijangka menghasilkan kuasa sekitar 43hp yang dapat menandingi model pesaing seperti KTM 390 Duke atau siri 401 Husqvarna. Unit enjin Zontes 312cc pula menghasilkan 34hp.

Zontes dipercayai akan mengekalkan penggunaan komponen mekanikal termasuk enjin, frem dan sistem suspensi. Pembaharuan dilakukan cuma melibatkan rekabentuk luaran seperti penggunaan lampu utama bulat mirip gaya Husqvarna atau Honda CB650R.

zontes 350 3 copy
zontes 350 1 copy

Swingarm 350GK dikatakan lebih lebar dan bersudut berbanding siri 310 atau KTM yang lebih menegak. Foto juga menunjukkan bentuk fork dan sistem brek sama dikongsi Zontes 310. Cumanya, ada pelindung untuk brek cakera.

Zontes dikatakan tidak meniru rekabentuk Husqvarna Svartpilen kerana memiliki rekaan sendiri utnuk panel badan, tangki minyak dan kowl enjin. Sistem ekzos dengan ekzos juga sama seperti model 310.

BACA >>> #TunggangUji: Lepas Layan Zontes 310X, Baru Tahu Ada 5 Mitos Pasal Motor China
BACA >>> Zontes S310 Sedia Cabar BMW G310R, Bakal Tembus Pasaran Eropah

SUMBER: CycleWorld

Related

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 350cc, roda2, Scrambler Zontes 350GK, Zontes, Zontes 350GK (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev