• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih Banyak Untung Jual Alat Ganti Tiruan Berbanding Dadah

Lebih Banyak Untung Jual Alat Ganti Tiruan Berbanding Dadah

August 2, 2021 By Shawkath Leave a Comment

396
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PADA ketika banyak pengeluar kenderaan bergelut masalah kekurangan komponen termasuk mikrocip, ‘geng lanun’ automotif semakin senyum menambah kekayaan.

Ini disebabkan pasaran alat ganti klon automotif didapati semakin berkembang di pasaran terbuka. Kisah itu dikongsi Ketua Hak Intelek Produk Rasmi Daimler, Florian Adt.

Lebih 1.7 juta produk tiruan dirampas dalam lebih 550 serbuan sepanjang 2020 dengan sokongan atau inisiatif pihak Daimler.

Jumlah rampasan itu dikatakan lebih tinggi berbanding 2019 ketika beberapa operasi serbuan terpaksa ditunda disebabkan banyak mahkamah ditutup.

Jualan atas talian alat ganti tiruan naik mendadak ketika tempoh pandemik, tetapi syarikat berjaya mengeluarkan 138,000 barang tiruan dari platform online.

BACA >>> 465 Baju Hujan Givi Tiruan Dirampas, Apakah Anda Salah Seorang Mangsa Tertipu?
BACA >>> Harga Tulen, Tapi Jual Barang Tiruan - KPDNHEP Rampas 198 Unit Lower Spring

Kereta menggunakan pad brek tiruan (Atas) perlukan jarak berhenti lebih jauh berbanding produk tulen (kereta putih).

Keutamaan dan tumpuan Daimler ialah pada produk berkaitan keselamatan seperti pad brek dan rim yang dijual walaupun ada ratusan jenis barang tiruan dalam pasaran.

Kesan retak pada rim klon (kanan)
Kesan retak pada rim klon (kanan)
Perbezaan kadar haus brek pad tulen dan tiruan.
Perbezaan kadar haus brek pad tulen dan tiruan.

Syarikat turut berkongsi beberapa komponen tiruan dan memberi contoh kesan penggunaan barang tiruan untuk pelanggan termasuk kesan retak berganda pada sebuah rim AMG klon dan jarak brek lebih jauh dengan brek pad tiruan.

Persatuan dagangan Unifab (Union des Fabricants) pernah menyatakan margin keuntungan menjual komponen tiruan alat ganti adalah lebih tinggi daripada dadah. Cara mencegah masalah ini terletak pada tangan konsumer iaitu memilih barangan tulen keluaran pengilang asli.

BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Cuci Kereta
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Stereng Bentuk Bulat?
BACA >>> Motrac Unicorn 800 - Klon MV Agusta Superveloce 800 dari China
BACA >>> Polis Tumpaskan Penyeludup Minyak di Bintulu

SUMBER: Daimler

Related

396
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alat ganti klon, Daimler, Daimler AG, komponen kereta tiruan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev