• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Saga Black Knight Muncul Juara Hagerty Festival of the Unexceptional 2021

Proton Saga Black Knight Muncul Juara Hagerty Festival of the Unexceptional 2021

August 2, 2021 By Shawkath Leave a Comment

921
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBUAH Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition (1989) dinobatkan sebagai juara Concours de l’Ordinaire di Hagerty Festival of the Unexceptional 2021 di Lincolnshire, Britain.

Pemilik kereta itu yang juga seorang anggota polis, Jon Coupland berumur 30 tahun mendakwa ia adalah adalah satu-satunya varian Black Knight Edition yang masih wujud di Britain.

Khabarnya, Proton mengeksport sebanyak 201 unit varian Saga itu di pasaran negara itu. Jon dipercayai merupakan pemilik ketiga kereta itu bermula 2019.

proton saga black knight4
proton saga black knight1

Jon berkata, pemilik asal pernah memandu Proton Saga itu kira-kira 5,794km sebelum menyimpan kereta itu dalam garaj pada 1993, akibat kurang sihat.

Proton itu berada di lokasi sama sehingga 2017 yang menyaksikan kereta berkenaan berpindah tangan kepada pemilik kedua yang menambah jarak pemanduan sekitar 16,093km.

proton saga black knight2
proton saga black knight3

Jon membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah trofi Hagerty berbentuk cawan teh.

Ada sekurang-kurangnya tiga model Proton Saga termasuk Black Knight milik Jon dilihat pada acara berprestij tersebut. Dua unit berwarna gun metal (kelabu) manakala satu lagi berwarna biru terang (tonton video di bawah).

Proton Saga Black Knigh dipacu trenkuasa sama seperti Saga 1.5GL iaitu 1.5 liter 4G15 dengan transmisi manual 5-kelajuan. Cumanya, varian itu hadir beberapa aksesori berbeza termasuk spoiler bonet belakang, pelekat badan dan penutup rim.

Naib johan ialah model Peugeot 106 XN Gradtuate 1991 milik individu bernama Danny Wilson. Kereta itu menggunakan enjin 1.1 liter dengan sistem karburator.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Palam Pencucuh Boleh Ada Sisa Karbon, Bagaimanakah Atasi?
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal
BACA >>> Lihatlah Cara Proton X50 Masuk Parkir Sendiri, Semudah Tekan Satu Butang Sahaja
BACA >>> #RetroAuto: Proton Hasilkan 2,500 Unit Wira 1.8L DOHC (C99) Hanya untuk Masuk Rali

SUMBER: Hagerty

Related

921
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Concours de l’Ordinaire, Hagerty Festival of the Unexceptional 2021, Proton Saga 1.5 GL Black Knight Edition (1989), Proton UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev