• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Bocor Foto Rasmi KTM RC390 Serba Baharu!

#Spyshot: Bocor Foto Rasmi KTM RC390 Serba Baharu!

August 1, 2021 By Aryon Leave a Comment

604
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR foto rasmi KTM RC390 bocor di media sosial selepas sportbike itu dikesan ditunggang uji sejak tahun lalu.

Gaya RC390 kali ini dikatakan mengambil ilham model legenda RC8 dengan lampu utama kini dalam bentuk projektor tunggal dan diapit lampu signal belok besar.

Fairing juga direka semula yang kini lebih tajam bagi menambah baik aliran udara. Tidak dilupakan subfrem baharu dengan seksyen ekor baharu bersama pelana pembonceng yang lebih rata.

BACA >>> KTM RC 8C (2022) Habis Dijual Dalam Tempoh Kurang 5 Minit
BACA >>> Takut Disambar Petronas SRT, Yamaha, KTM Bakal Hantar Fernandez ke Tech3 Musim Depan

 

Seperti didedahkan imeh intip sebelum ini, KTM dikatakan menambah baik aspek ergonomik RC390, kini lebih menegak yang pastinya lebih santai untuk tunggangan luar trek.

Skema warna digunakan ialah jingga dan biru yang sama seperti 1290 Super Duke R (2021). Juga dipsangakang rima aloi 5-jejari, kowl enjin dan mufler ekzos bulat.

RC390 baharu ini dijangka menggunakan trenkuasa sama seperti model sedia ada, iaitu jenis silinder tunggal 373cc dengan diberikan talaan untuk prestasi lebih berkuasa. Ini termasuk ciri baharu lain seperti panel meter TFT baharu yang sama seperti 390 Duke.

Tentang harga pula, RC 390 di Malaysia dijual pada harga kira-kira RM21,000. Apakah ada perubahan harga untuk model fairing KTM ini?

BACA >>> #Spyshot: KTM RC390 (2021) Tanpa Penyamaran Dikesan, Dijangka Lancar Tahun Ini
BACA >>> KTM Malaysia Perkenal RC 250 dan RC 390 (2017) Baharu, Harga Bermula RM21k

ktm-rc390-leak-photo-1
ktm-rc390-leak-photo-2
ktm-rc390-leak-photo-3

SUMBER: BikeWale

Related

604
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Foto Bocor, Foto KTM RC390 (2022), Foto Rasmi, KTM, KTM RC390, sportbike, Sportbike Fairing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev