• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Batman Dapat Motosikal Baharu dengan Enjin V10 9.8L!

Batman Dapat Motosikal Baharu dengan Enjin V10 9.8L!

July 30, 2021 By Aryon Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGI ramai peminat filem adiwira DC, Batman, trilogi Dark Knight (2005-2012) mungkin dianggap sebagai versi terhebat pernah dihasilkan untuk francais tersebut.

Itu juga alasan kenapa filem itu mampu mengutip jumlah keuntungan mencecah lebih AS$2.4 bilion (RM10.12 bilion).

Dalam trilogi itu turut memperkenalkan motosikal baharu Batman yang dipanggil Batpod yang secara teknikal ialah kenderaan menyelamatkan diri sekiranya Tumblr (Batmobile) dimusnahkan.

Menjelang 2022 nanti, Batman akan dibekalkan dengan motosikal baharu. Tetapi kenderaan dua roda ini bukan ditunggang Batman versi Robert Pattinson, tetapi Ben Affleck.

Finally, albeit blurry, a front angle view of of the Batcycle surfaced! ⚡️#TheFlashMovie #TheFlash pic.twitter.com/px10bonDf4

— The Flash Film News (@FlashFilmNews) July 27, 2021

Berdasarkan foto acah The Flash yang dimuat naik di Twitter, aktor Affleck dirakamkan menunggang motosikal Batman baharu yang dikatakan dibangunkan berasaskan model konsep dihasilkan Dodge pada 2002, dengan nama Tomahawk. Motosikal itu dikuasakan enjin V10 9.8L yang diambil daripada kereta Dodge Viper.

Inilah motosikal konsep Tomahawk yang diperkenalkan Dodge pada 2002.

Justeru motosikal baharu adiwira bertopeng kelawar itu nampak sangat besar berbanding Batpod dengan memiliki dua tayar di depan, dan satu tayar lebar di belakang.

Maklumat lain mengenai enjin masih kekal rahsia. Dan jika mengambil kira spesifikasi Batpod, Tomahawk Batman itu akan dilengkapi sepasang meriam 35mm di tepi roda depan. Filem tersebut dijadualkan menjengah penonton Oktober ini.

Soalan lain, kenapada ada dua Batman, Affleck dan Pattison. Mungkin DC merancang mewujudkan multialam (multiverse) untuk karakter itu yang saling ada kaitan. Mungkinkah akan ada kaitan juga dengan Justice League sentuhan Snyder?

Apapun, sama-samalah kita tunggu.

Hopefully Wayne Enterprises casualty insurance will cover the damages in Glasgow ⚡️#TheFlashMovie #TheFlash

[🎥: @foreigncorr1] pic.twitter.com/uPbU4rOust

— The Flash Film News (@FlashFilmNews) July 27, 2021

SUMBER: TheFlashFilmNews

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Batman, Batpod, Ben Affleck, Dodge Tomahawk, filem, filem Hollywood, motosikal Batman, roda2, The Flash

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my