• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MOTO: KTM 390 Duke Battle 2014 & Pelancaran Trak Bergerak

MOTO: KTM 390 Duke Battle 2014 & Pelancaran Trak Bergerak

September 4, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

_DSC7991PERLUMBAAN KTM 390 Duke Battle 2014 memasuki pusingan ketiga yang berlangsung di Litar Speedway PLUS, Subang Jaya, Selangor pada 16 dan 17 Ogos lalu menyaksikan Zafir Zarkasha muncul juara. Tempat kedua dan ketiga dimenangi Hanif Borhan dan Zafir Zarkasha.

Perlumbaan dua hari itu membabitkan saingan sengit antara 15 pelumba terpilih bagi merebut dua tempat teratas ke pusingan terakhir yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, 13-14 Disember ini. Lebih menarik, pihak KTM Malaysia CKD turut mengundang 12 wakil media untuk bersaing dan merebut dua tempat teratas ke pusingan akhir bersama peserta lain.

Persaingan sengit antara media menyaksikan Adam Muza dari BikesRepublic.com muncul sebagai juara diikuti Roger Chua dari i-moto.com dan tempat ketiga dimenangi oleh Ridzuan daripada kelab Bikers TV3.

_DSC6996_DSC7916  _DSC7488  _DSC7461  _DSC7348Sepanjang perlumbaan, pihak KTM Malaysia CKD menyediakan 18 unit motosikal KTM 390 Duke buat pelumba sebagai jentera perlumbaan. Setiap pelumba juga menerima sut dan sarung tangan perlumbaan serta topi keledar.

Juara akhir KTM 390 Duke Battle 2014 bakal menerima hadiah berupa motosikal KTM 200 Duke (Non ABS), manakala baucar Powerparts bernilai RM3,000 dan RM2,000 masing-masing untuk pemenang kedua dan ketiga. Mereka yang berminat boleh layari laman dukebattle.ktmmalaysiackd.com untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut.

Turut mendapat kerjasama perlumbaan ini adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) dan KTM Superfans.

_DSC7119P1210713    P1210678TRAK BERGERAK KTM

Sementara itu pada majlis yang sama, KTM Malaysia CKD turut melancarkan trak bergerak KTM. Pengurus Besar KTM Malaysia CKD, Muhamad Zamry Abu Samah berkata, trak bergerak ini akan menjelajahi di kesemua pengedarnya seluruh Malaysia  secara berperingkat.

Menurut Zamry, trak bergerak itu bakal digunakan untuk mempromosikan jenama KTM CKD khususnya selain memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal buat pemilik motosikal KTM di Malaysia.

Dilengkapi ruang pameran yang mampu memuatkan dua motosikal KTM pada masa sama, trak bergerak ini turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti ruangan VIP, pusat jualan barangan KTM dan cafe mini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: KTM 390 Duke Battle 2014, KTM CKD Malaysia, Litar Speedway PLUS, Muhamad Zamry Abu Samah, Promosi KTM, Trak bergerak KTM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev