• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Banyak Superbike Terbiar Mereput di Balai Polis India

Banyak Superbike Terbiar Mereput di Balai Polis India

July 29, 2021 By Shawkath 1 Comment

471
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BANYAK model superbike dan sportbike termasuk model edisi khas mahupun terhad dibiarkan tersadai di India. Malah, barisan motosikal berkuasa tinggi juga ditemui sedang mereput di balai polis negara itu.

Beberapa keping foto bidikan Sidhartha M menunjukkan sekurang-kurangnya enam motosikal sport dalam keadaan menyayat hati di Balai Polis Andheri di bandar Mumbai, India.

Superbike Terbiar di India - 3
Superbike Terbiar di India - 2
Superbike Terbiar di India - 1

Difahamkan, ada banyak motosikal berkuasa besar diimport masuk ke India kerana pengeluar di negara itu tidak menawarkan model tersebut. Antara model yang dibiar mengumpul habuk di balai itu ialah Yamaha FZ-1, Honda CBR 600RR dan Honda CBR 1000RR Fireblade.

Ada beberapa model menarik ditemui seperti superbike skim Honda Repsol (model tidak didedahkan). Satu lagi model dikesan ialah Honda CBR600RR edisi Konica Minolta.

Edisi Konica Minolta mula dikeluarkan pada 2018 dan dilabel sukar ditemui menggunakan trenkuasa 4-silinder DOHC 600cc, menghasilkan kuasa 118hp dan tork 66Nm. Kelajuan motosikal itu ialah 255kmj.

Yamaha FZ-1 yang tersadai pula dipercayai terlibat dalam kemalangan dengan kesan kerosakan pada bahagian depan termasuk madgad patah dan lampu depan cair. FZ-1 menggunakan trenkuasa 4-silinder 1,000cc, menghasilkan 146hp dan tork 106Nm. Kelajuan maksimum 247kmj.

Sebelum ini, ada foto dua model hangat tular di India membabitkan model Yamaha R6 dan Suzuki Hayabusa sedang mengumpul habuk di Thane. Menurut laporan, dua motosikal itu dirampas polis beberapa tahun lalu.

BACA >>> Suzuki Hayabusa, Yamaha YZF-R6 Pula Dijumpai Tersadai di India
BACA >>> Ducati 1098 S Tricolore Edisi Terhad Ini Dikesan Tersadai di India
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Beli Superbike Terpakai

SUMBER: Cartoq

Related

471
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Balai Polis Andheri, Honda CBR 600RR, Honda CBR600RR edisi Konica Minolta, Sidhartha M, Suzuki Hayabusa, Yamaha FZ-1, Yamaha R6

Comments

  1. Proton says

    July 29, 2021 at 4:30 PM

    Sayang betul dibiar begitu saja

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev