• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Remuk Teruk, Alhamdulillah Saya Masih Selamat - Pemilik Proton Iriz Cerita Detik Cemas Dihempap Pokok

Kereta Remuk Teruk, Alhamdulillah Saya Masih Selamat - Pemilik Proton Iriz Cerita Detik Cemas Dihempap Pokok

October 26, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

5.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

proton iriz"KEJADIAN berlaku terlalu pantas, tiba-tiba saya perasan sebatang pokok tumbang menghempap kereta.

"Nasib baik saya sempat tundukkan kepala ke tepi. Jika tidak mungkin kepala sudah pecah. Alhamdulillah, saya masih dipanjangkan umur. Rasa macam tidak percaya perkara ini terjadi pada diri sendiri.

"Tak dinafikan, kekuatan rangka Proton Iriz turut jadi salah satu faktor saya masih mampu bernafas," begitulah luahan Kapten Mohd Razi Abdul Rashid apabila berkongsi cerita saat cemas keretanya dihempap pokok, Isnin lalu.

Susulan kisah viral mengenai Mohd Razi, 28, yang sedang memandu Proton Iriz dan dihempap pokok, Isnin lalu, PanduLaju mengambil inisiatif menghubungi pemilik kereta tersebut bagi mendapatkan cerita sebenar mengenai insiden yang berlaku.

mohd raziTERSEPIT HAMPIR 40 MINIT

Menurut Mohd Razi, kejadian berlaku sekitar jam 2:50 petang dan ketika itu hujan lebat.

Sewaktu menuju ke kawasan parkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), tiba-tiba pokok tumbang lalu menghempap keretanya lantas menyebabkan Proton Iriz yang dinaikinya remuk teruk.

Mohd Razi (dua dari kiri) berkhidmat sebagai tenaga pengajar penerbangan di LIA
Mohd Razi (dua dari kiri) berkhidmat sebagai tenaga pengajar penerbangan di LIA
proton-iriz-mohd-razi-viral_pandulajudotcomdotmy-8
mohd razi

"Pokok tumbang itu menghempap bahagian papan pemuka dan stereng hingga kaki saya tersepit hampir 40 minit.

"Lebih mengejutkan, saya hanya cedera ringan. Jika lihat keadaan kereta, pasti ramai tak percaya.

"Selepas kejadian ini, baru saya tahu rupanya kerangka Proton Iriz ini cukup kuat dan sememangnya kenderaan Proton kini sudah semakin selamat," kata Mohd Razi lagi yang juga tenaga pengajar penerbangan di LIA.

proton irizBUKAN KEJADIAN PERTAMA

Mengakui mengalami trauma akibat kejadian itu, Mohd Razi berharap pihak pengurusan LIA dapat mengambil tindakan segera dengan menebang pokok-pokok besar sekitar kawasan parkir di situ.

Tambahnya lagi, kejadian menimpanya itu bukan kali pertama berlaku. Hujung minggu lalu baru saja berlaku kejadian yang sama.

"Boleh dikatakan kerap juga kejadian macam ini berlaku. Saya harap pihak LIA dapat ambil tindakan sewajarnya demi keselamatan orang ramai.

"Jangan sampai ada kehilangan nyawa baru nak ambil tindakan. Itu sudah terlambat," keluh Mohd Razi.

GALERI

Mohd Razi (dua dari kiri) berkhidmat sebagai tenaga pengajar penerbangan di LIA
proton iriz
proton iriz
proton iriz
proton-iriz-mohd-razi-viral_pandulajudotcomdotmy-8
mohd razi
mohd razi
proton iriz
proton iriz
proton iriz

Related

5.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kapten Mohd Razi Abdul Rashid, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, LIA, Mohd Razi Abdul Rashid, pemandu proton iriz, Proton Iriz, Viral, viral proton iriz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev