JOBY Aviation pernah menyatakan pihaknya mahu memulakan operasi teksi udara dengan menerbangkan penumpang bermula 2024. Nampaknya impian itu lebih menyakinkan berbanding pesaing lain di pasaran.
Firma di California, Amerika Syarikat itu selepas berjaya melakukan melakukan penerbangan jarak jauh 240km tetapi penerbangan dilakukan dalam bentuk pusingan mengelilingi ruang udara.
Ujian penerbangan itu dibuat bagi menguji beberapa keadaan dan karakter berbeza pesawat elektrik enam rotor itu seperti elemen autonomi.
Jarak 240km itu mungkin dianggap sebagai jarak pendek bagi sesebuah pesawat tetapi itu sebenarnya jarak paling jauh dicapai pesawat elektrik setakat ini. Pendek kata, teksi udara itu boleh buat penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak.
Ujian penerbangan mengelilingi bulatan itu mengambil masa selama 1 jam 17 minit dan firma itu benar-benar berharap dapat melancarkan servis penerbangan kepada pelanggan bermula 2024.
BACA >>> Brek Tak Makan, Skuter Honda Scoopy Mendarat Atas Bumbung
Joby Aviation bukan satu lagi syarikat didirikan untuk mengumpul dana perniagaan percuma sumbangan orang ramai dan ghaib kemudian hari. Ini disebabkan firma itu ada sokongan pelaburan daripada Toyota Motor Corporation.
Firma itu juga sudah mengambil alih unit penerbangan teksi udara Uber. Malah Uber dikatakan akan menawarkan servis penerbangan Joby Aviation menerusi aplikasinya.
BACA >>> Toyota Labur Hampir RM1.63b untuk Projek Kereta Terbang dengan Syarikat AS
BACA >>> Laju Sangat Buat Toyota Camry Ini Terbang 15 Meter Sebelum Terhempas
Teksi udara Joby Aviation dipercayai membabitkan pesawat enam rotor dengan lima tempat duduk termasuk pemandu. Pesawat itu berlepas dan mendarat seperti helikopter dan mampu terbang sepantas 320kmj.
BACA >>> Speeder - Motosikal Terbang Lulus Ujian Pertama, Harga Mula RM1.6j
BACA >>> Kereta Terbang AirCar Buat Penerbangan 35 Minit, Setinggi 2,500 Meter
BACA >>> Apa Motif Yamaha Jalin Kerjasama Bikin Enjin Kapal Terbang?
SUMBER: Tech Crunch
Leave a Reply