• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bocor Lakaran 3D, Dedahkan Rupa Sebenar Honda ADV 350

Bocor Lakaran 3D, Dedahkan Rupa Sebenar Honda ADV 350

July 28, 2021 By Aryon Leave a Comment

948
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mendedahkan lakaran 3D yang menunjukkan rupa sebenar skuter advencer ADV 350, dikatakan sebagai abang kepada ADV 150 yang akan dihasilkan di Indonesia. Ada juga mendakwa model itu akan dipasangkan di Thailand.

Sebelum ini, tersebar maklumat mengenai dokumen pendaftaran nama ADV 350 di pejabat paten Eropah. Malah, desas-desus mengatakan skuter advencer itu akan dibangunkan berasaskan platform skuter Forza 350, termasuk trenkuasa yang juga sama. Namun ADV 350 adalah versi dikemas kini yang pastinya lebih berprestasi dan berteknologi.

BACA >>> Honda ADV 350 Bakal Tiba, Thailand Jadi Hab Pengeluaran?
BACA >>> Honda ADV 150 Lebih Mantap 'Layan Corner' Berbanding PCX 150?

Berdasarkan foto lakaran 3D didedahkan, gaya ADV 350 jelas mirip  adiknya, ADV 150 yang berkongsi bahasa rekabentuk sama. Bagaimanapun, disebabkan si abang dipasangkan enjin lebih besar, semestinya penampilannya nampak lebih besar, dan maskular.

Honda X-ADV
Honda X-ADV
Honda ADV 150
Honda ADV 150

Di pasaran, selain ADV 150, Honda turut menawarkan X-ADV dengan enjin 750 yang juga dalam famili skuter advencer. Namun, dari segi gaya, ADV 350 mengambil ilham DNA rekabentuk ADV 150 dengan rupa depan lebih membulat.

Adakah anda sudah berkenan dengan skuter advencer ini? Menurut portal mpermotoran dari Vietnam yang mendedahkan lakran 3D ini, ADV 350 akan dijual pada harga kira-kira 80 juta dong (RM14,750). Namun, kami berpendapat ia mungkin berharga sedikit mahal untuk pasaran Malaysia.

Apapun, sila menabung dulu!

BACA >>> Honda X-ADV (2021) Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM67.7k!
BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
BACA >>> Dayang Vorela 150 Lancar di China, Klon ADV 150 yang Lebih Berkuasa, RM11.2k

3d-render-honda-adv-350-2
3d-render-honda-adv-350-1
3d-render-honda-adv-350-3

SUMBER: MotoSaigon

Related

948
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, bocor, Foto Bocor, Honda, Honda ADV 350, Lakaran 3D, roda2, skuter, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev