• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Speeder - Motosikal Terbang Lulus Ujian Pertama, Harga Mula RM1.6j

Speeder - Motosikal Terbang Lulus Ujian Pertama, Harga Mula RM1.6j

July 27, 2021 By Shawkath Leave a Comment

12.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT JetPack Aviation berjaya melepasi fasa pertama ujian penerbangan prototaip motosikal terbang di California, Amerika Syarikat (AS).

Dipanggil Speeder, prototaip motosikal terbang itu menggunakan empat enjin turbojet berasingan untuk terbang pada ketinggian 4,500 meter dan mencapai kelajuan maksimum 240kmj.

Speeder mempamerkan prestasi terbaik dalam aspek pelepasan penerbangan secara vertikal (menegak), membelok dan kekal terapung semasa terbang.

BACA >>> Kereta Terbang AirCar Buat Penerbangan 35 Minit, Setinggi 2,500 Meter
BACA >>> Syarikat AS Buka Tempahan Speeder, Motor Terbang Ala Pesawat Star Wars

Motosikal Terbang Speeder - 4
Motosikal Terbang Speeder - 1

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JetPack Aviation, David Mayman berkata;

Selepas setahun membangunkan sistem kawalan penerbangan dan rekabentuk mekanikal serta enam bulan lagi untuk kerja-kerja pembinaan, kami dengan bangga sudah melengkapkan ujian prototaip pertama.”

Speeder bakal bergelar kenderaan vertikal berlepas dan mendarat (VTOL) paling kecil dan paling pantas dunia selain boleh digunakan dalam pelbagai tujuan mengikut varian dihasilkan termasuk versi orang awam, ketenteraan dan pengangkutan kargo.

Spesifikasi awal Speeder ialah memiliki berat kasar 104kg, mampu terbang lebih 240kmj antara 10 hingga 22 minit. Ada juga skrin sentuh 12 inci untuk melakukan tetapan dan parameter penerbangan.

Ada laporan menyatakan model Speeder itu akan dihasilkan dalam jumlah terhad, cuma 20 unit dan dijual pada harga AS$380,000 (RM1.6 juta) 😱😱😱.

Tempahan versi orang awam juga sudah dibuka. Bagaimanapun, harga unit Speeder versi ketenteraan tidak didedahkan.

BACA >>> Subaru Bangunkan Motosikal Terbang
BACA >>> Tidak Cukup Supercar, Polis Dubai Bakal Guna Motosikal Terbang Pula!
BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!
BACA >>> Apa Motif Yamaha Jalin Kerjasama Bikin Enjin Kapal Terbang?

Motosikal Terbang Speeder - 3
Motosikal Terbang Speeder - 2

SUMBER: InMoto

Related

12.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: David Mayman, JetPack Aviation, kenderaan vertikal berlepas dan mendarat, motosikal terbang, Prototaip Motosikal Terbang, Speeder

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev