• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / V8 Hotel - Destinasi Penginapan Peminat Kereta Jika Melancong di Jerman

V8 Hotel - Destinasi Penginapan Peminat Kereta Jika Melancong di Jerman

July 27, 2021 By Shawkath Leave a Comment

351
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JERMAN bukan sekadar dikenali sebagai satu lokasi kelahiran banyak jenama kenderaan premium tetapi juga ada hotel yang bertemakan gaya hidup automotif.

Dipanggil V8 Hotel, premis yang terletak di bandar Stuttgart itu menyediakan 26 bilik istimewa bertema kenderaan dengan perabot diperbuat menggunakan komponen sebenar kereta. Ini termasuk katil untuk penginap tidur.

Salah satu bilik menawarkan katil diperbuat dari model BMW E36 dipotong. Penggemar off-road pula boleh memilik bilik bertema Jeep Wrangler.

Jika meminati zaman retro atau klasik, ada bilik penginapan gaya bengkel bersama model Morris Minor dan bilik tema perlumbaan vintaj 1970-an iaitu Alfa Romeo.

Bagi kaki kereta yang mahu bilik lebih selesa, pilihan yang diberi ialah V12 Mercedes Suite seluas 1,291 kaki persegi dengan kemudahan bilik air panoramik, ada sauna, bar mini dan ruang tamu berserta televisyen 47 inci.

V8 Hotel juga menawarkan lawatan ke Mercedes-Benz dan Muzium Porsche selain program Drive It iaitu sesi pandu uji Mercedes-AMG C 63 S, Tesla Model X atau Porsche 911 Turbo.

Pelanggan juga boleh memilih bilik tanpa tema automotif khususnya bagi mereka yang tidak menyukai gaya hidup kereta.

Tempahan bilik V8 Hotel amat memberangsangkan dan habis ditempah untuk bulan Oktober dan November 2021. Apa yang tinggal cuma bilik deluxe V12 Mercedes Suite.

Harga bilik V8 ialah €184 (RM918) semalaman manakala V12 Mercedes Suite dikenakan caj €655 (RM3,270) untuk satu malam.

SUMBER:  CarBuzz | Facebook V8 Hotel

Related

351
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hotel kereta, Melancong, V12 Mercedes Suite, V8 Hotel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my