• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hanya 1,921 Unit Kenderaan Baharu Dijual Sepanjang Jun 2021, Susut Sampai 96%

Hanya 1,921 Unit Kenderaan Baharu Dijual Sepanjang Jun 2021, Susut Sampai 96%

July 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

 

BULAN lalu, ada sebanyak 1,921 unit kenderaan baharu dijual iaitu 96 peratus LEBIH RENDAH  berbanding catatan Mei 2021 dengan 47,204 unit. Perkembangan semasa yang membimbangkan itu didedahkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Malah jualan 1,921 unit kenderaan itu sebenarnya adalah lebihan tempahan pada akhir bulan Mei 2021. Berikut ialah pecahannya:

  • Pengeluaran: Kenderaan berpenumpang 246 unit,  komersial: 30 unit
  • Jualan : Kenderaan berpenumpang 1,841 unit, komersial: 80 unit

Jualan merosot teruk adalah disebabkan penutupan semua bilik pameran dan jualan fizikal di seluruh negara bermula 1 Jun 2021 dan banyak negeri utama masih kekal status Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Masalah pembuatan kenderaan dan komponen turut terjejas kerana rata-rata pengilang adalah di Kuala Lumpur dan Selangor yang dilarang beroperasi susulan catatan rekod kes penularan Covid-19 luar biasa.

Berikutan situasi semasa, jualan pada bulan Julai diyakini ‘minimal’ kerana hanya bilik pameran di Sabah sahaja dibenarkan dibuka mengikut syarat Fasa 2 PPN.

Jumlah Keseluruhan Industri (TIV)

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad turut mengumumkan penilaian semula TIV kenderaan 2021 dan prestasi sektor automotif bagi enam bulan pertama 2021:

  • Kadar unjuran TIV 2021 diturunkan kepada 500,000 unit berbanding pengumuman 570,000 unit sebelum ini.
  • Jumlah kenderaan dijual dari Januari hingga Jun 2021 mencatat kenaikan 43 peratus berbanding tempoh sama 2020:
    • Pengeluaran:
      • 2021 : 241,288 unit
      • 2020: 166,049 unit 
    • Jualan
      • 2021 : 249,129 unit
      • 2020: 173,545 unit 

  • TIV bulan Mac 2021 adalah pendaftaran paling tinggi setakat ini kerana pemain-pemain automotif berusaha keras membuat kiriman kenderaan kepada pembeli sebelum tahun kewangan syarikat berakhir 31 Mac 2021.

  • Kenaikan jumlah pengeluaran adalah selari dengan peningkatan permintaan pelanggan untuk kenderaan baharu.
  • Tambahan permintaan itu sudah tentunya dipengaruhi oleh lanjutan pengecualian cukai SST, kadar faedah pinjaman pembiayaan rendah, model baharu dan kempen dijalankan pengedar. 

BACA >>> MAA: Kalau Lanjut Lagi Sebulan, Lebih Banyak Pengedar Automotif Gulung Tikar?
BACA >>> MAA Mohon Kerajaan Lanjut Tempoh Pengecualian SST Sehingga 6 Bulan Lagi
BACA >>> MAA Mahu Kerajaan Lanjutkan Insentif Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan
BACA >>> Kilang Tutup, Beg Udara Mahal Punca Kes Curi Stereng Meningkat di AS

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Aishah Ahmad, Pelan Pemulihan Negara, Persatuan Automotif Malaysia, TIV Malaysia 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev