• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Civic dan Onix Berlanggar Arah Belakang, Siapa yang Bersalah?

Civic dan Onix Berlanggar Arah Belakang, Siapa yang Bersalah?

July 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBUAH kamera televisyen rakaman tertutup (CCTV) sempat merakam satu kemalangan yang tidak disangka boleh terjadi iaitu dua kenderaan bertembung dari arah belakang.

Berdasarkan laporan, kemalangan membabitkan dua kereta mengundur itu berlaku di Itapolis, Sao Paulo di Brazil dan menjadi tular di internet sejak beberapa hari lalu.

Rakaman dibuat dari luar sebuah pusat baik pulih kenderaan dengan paparan pemandu Chevrolet Onix berwarna putih sedang mengundur ke jalan raya.

Pada masa sama, seorang pemandu Honda Civic berwarna perak juga sedang mengundur kenderaannya dari sebuah kediaman di jalan sama. Pergerakan kedua-dua kenderaan adalah sama.

BACA >>> Honda Civic Type R Kena Langgar Volvo Sampai Putus Dua

BACA >>> #ApaNakBuat: Kena Langgar, Tapi Kenderaan Tiada Insurans, Boleh Claim atau Tidak?

Kedua-dua pemandu dipercayai memberi fokus ke hadapan jalan yang menyebabkan mereka tidak sedar kewujudan kenderaan di belakang.

Walaupun pada kadar pemanduan perlahan, impak rempuhan menyebabkan bampar Onix seakan tertanggal. Civic pula lebih ketara kerosakan dengan bampar dan lampu belakang pecah.

Kedua-dua pemandu diyakini tidak mengalami kecederaan dan mereka agak bertuah kerana kemalangan itu berlaku di hadapan bengkel baik pulih kenderaan. Tidak perlu pandu jauh untuk baik pulih. Persoalan sekarang, agak-agak siapa yang bersalah?

BACA >>> #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang!
BACA >>> INFOGRAFIK #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang
BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 10 Tip Ini Jika Kereta Tiba-Tiba 'Breakdown'!
BACA >>> #SembangDeras: Ambulans Langgar Persona, Siapa yang Bersalah?

SUMBER: Carscoops

Related

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Chevrolet Onix, Honda Civic, Kemalangan Mengundur, Kemalangan Pelik Honda, Tuntutan Insurans Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev