YAMAHA Motor India (YMI) memperkenalkan FZ25 MotoGP Edition 2021 yang akan ditawarkan dalam unit terhad, berharga 136,800 rupee (RM7,760) iaitu lebih mahal 2,000 rupee (RM113) berbanding varian Standard.
Versi MotoGP yang turu dipanggil Monster Energy Yamaha MotoGP Edition dibina berasaskan model FZ25 dan bukan varian FZ-S 25.
YMI turut mendedahkann rancangan memperkenalkan versi MotoGP Edition untuk beberapa model lain.
Varian MotoGP menerima skema warna badan biru hitam dengan seragam eksklusif Monster Energy, Eneos dan Yamalube. Model itu nampak mirip seperti versi edisi MotoGP 2019.
- Pembaharuan hanya membabitkan aspek kosmetik ,manakala aspek mekanikal kekal seperti varian standard FZ25 iaitu trenkuasa silinder tunggal 249cc berkuasa 20.5hp dan tork 20.1Nm.
- Setiap model hadir dengan sistem fork teleskopik (depan) dan monoshock (belakang).
BACA>>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Fork Teleskopik dan Terbalik (USD)?
BACA >>> Yamaha Exciter 155 (2021) Masih Tiada ABS? Perlukah Kapcai Ada ABS?
- Sistem henti menggunakan set brek cakera tunggal pada kedua-dua roda bersaiz 282mm (depan) dan 220mm (belakang).
- Ada teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran sebagai ciri standard.
Tempahan dalam talian sudah dibuka dan pelanggan dijangka menerima motosikal masing-masing pada hujung bulan ini.
BACA >>> Yamaha FZ-X (2021) Lancar di India, Kembar XSR yang Lebih Moden
BACA >>> YZF-R3 Debut dengan Seragam Monster Energy Yamaha MotoGP
BACA >>> Indonesia Perkenal Yamaha Aerox 155 Connected MotoGP Edition (2020), Harga RM8.4k
BACA >>> Yamaha Fokus Penuh Jualan Motosikal, Skuter Elektrik Bermula 2050
SUMBER: BikeDekho
Leave a Reply