• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Laju Sangat Buat Toyota Camry Ini Terbang 15 Meter Sebelum Terhempas

Laju Sangat Buat Toyota Camry Ini Terbang 15 Meter Sebelum Terhempas

July 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBUAH Toyota Camry dirakamkan 'terbang ke udara' setinggi 15 meter sebelum terhempas di sebatang jalan raya di bandar Yuba, California, Amerika Syarikat (AS).

Insiden berlaku sekitar jam 7.19 pagi, 14 Julai lalu, dan sempat dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dan kamera papan pemuka kenderaan lain sebelum tular di Internet.

Berdasarkan laporan CBS Sacramento, pemandu Camry itu, seorang wanita didapati memandu terlalu laju hingga terbabas di selekoh berbukit dan ‘terbang’ masuk dan terhempas di laluan lain.

Aksi mencemas itu turut dirakamkan kamera pemuka (dashcam) sebuah kenderaan lain di laluan kemalangan berkenaan sebelum dia menghubungi talian kecemasan 911.

BACA >>> Toyota Camry Classical Tiba-Tiba Meletup Macam Kena Bom
BACA >>> Toyota Camry Usung Peti Sejuk Belakang But Kena Tahan

Rakaman dashcam menunjukkan Camry itu meluncur ke udara, masuk antara dua set talian kabel elektrik sebelum terhempas.

Kamera CCTV di kedai peralatan MIS Inc pula memaparkan sudut lain sebelum Toyota Camry itu terhempas akibat gagal membelok kiri pada laluan selekoh tajam.

Pekerja di premis itu mendakwa Camry dipandu laju antara 130kmj hingga 160kmj di jalan sehala Lebuh Raya 99, yang mana halaju dibenarkan di laluan situ ialah 40kmj.

Malah, Camry itu pernah terlibat dalam satu kes langgar lari dan dipandu secara mengundur di Lebuh Raya 99 untuk menyusur keluar, menurut Peronda Lebuh Raya California. Kes langgar lari itu berlaku sebelum insiden 'terbang' tersebut.

CBS Sacramento melaprrkan, pihak polis mengesahkan pemandu wanita itu terselamat dan hanya mengalami luka kecil, manakala pemeriksaan mendapati pemandu itu juga tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

Tiada tangkapan dibuat kerana kes langgar lari itu masih disiasat.

BACA >>> #PanduUji: Toyota Camry (2019) yang Bukan Lagi Sedan Uncle, Kini Lebih Ranggi
BACA >>> Fakta atau Auta: Bolehkah Guna Ciri Kawalan Jelajah Ketika Hujan?

SUMBER: TheDrive

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: berita global, CBS Sacramento, kemalangan jalan raya, Peronda Lebuh Raya California, Toyota Camry, Toyota Camry Terbang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev