YAMAHA Motor Company di Jepun sudah menyatakan pendirian untuk beralih kepada 90 peratus jualan motosikal elektrik menjelang 2050, petanda awal ada rancangan menamatkan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Buat masa ini, Yamaha cuma menghasilkan kurang daripada 1 peratus kenderaan elektrik dan peralihan kepada elektrik adalah untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Dalam pelan Integrated Report 2021, Yamaha menyatakan usaha itu membabitkan semua kitaran produk mereka dan ia termasuk:
- Emisi melalui aktiviti syarikat
- Emisi daripada produk Yamaha yang dijual - termasuk motosikal, enjin, generator dan bot.
Sasaran masa dan tahap pengurangan emisi pula adalah seperti berikut:
- Aktiviti syarikat: pengurangan kepada 86 peratus menjelang 2050
- Rangkaian produk: 24 peratus (2030), 38 peratus (2035) dan 90 peratus (2050).
Untuk mencapai impian neutral karbon, Yamaha akan terus pelan pembangunan kenderaan berasaskan bateri-elektrik (BEV) membabitkan motosikal elektrik, skuter elektrik dan e-skuter.
Keputusan itu tidak bermaksud Yamaha akan menutup bisnes motosikal dan skuter sepenuhnya tetapi mahu mengubah produk itu menjadi mesra alam iaitu bebas karbon.
Pengurusan tertinggi firma Jepun itu masih optimis bahawa transformasi motosikal dan kenderaan roda tiga kepada bebas karbon melalui elektrikfikasi atau metod mesra alam lain akan diterima baik konsumer, khususnya generasi muda yang memiliki kesedaran eko tinggi.
BACA >>> Yamaha Tala Bunyi Motosikal Elektrik Macam Kapal Angkasa
BACA >>> Yamaha Buka Tempahan Motor Elektrik Prestasi Tinggi
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
BACA >>> Yamaha Tunjuk Paten Skuter Autoped Elektrik Tiga Roda
BACA >>> e-Skuter Wajib Ada Insurans di Itali
SUMBER: Visor Down | Yamaha
Leave a Reply