FORD Eropah mendedahkan produk minyak wangi terbaharu, Mach-Eau yang menawarkan aroma ala petrol. Produk wangian itu sebenarnya dicipta selepas menimbang semua maklum balas pelanggan dalam satu kaji selidik.
Kajian itu mendedahkan satu daripada lima pemandu kereta mengakui perkara mereka paling rindu selepas bertukar kepada kereta elektrik ialah bau petrol. Hampir 70 peratus peserta kajian juga mengaku mereka kadang-kadang rindukan bau petrol.
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
BACA >>> Kereta Meletup Selepas Sembur Pewangi dan Nyala Rokok dalam Kereta
Menurut Ford, wangian premium itu dituju khas kepada mereka yang memandu kereta elektrik prestasi tinggi Mustang Mach-E GT, tetapi sukar melepaskan bau kereta petrol tradisional.
Bagaimanapun, Ford TIDAK menyatakan rancangan untuk memasarkan produk wangian Mach-Eau ke gedung atau butik gaya hidup automotif seluruh dunia.
Mach-Eau bukan hanya menawarkan aroma minyak petrol sepenuhnya, tetapi Ford mendakwa ada campuan bauan lain seperti elemen asap, getah tayar dan juga haiwan.
Mach-Eau dicipta firma Olfiction dan petugas di situ mengambil kira poin bau yang dilepaskan dari dalam kabin, minyak petrol dan trenkuasa.
Bau kereta terdiri daripada benzaldehyde dan para-cresol. Bahan itu kemudian dicampur blue ginger, lavender, geranium dan sandalwood.
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Bau Kereta Baharu yang Perlu Anda Tahu, Bukan Aromaterapi!
BACA >>> Covid-19: Apa Dunia Buat untuk Hilangkan Bosan Kena Kurung?
BACA >>> Bosan Duduk Rumah? Apa Kata Buat Kraftangan Kertas Toyota GT86 Ini
Leave a Reply