APRILIA memperkenalkan sportbike GPR150R versi dipertingkat edisi 2021 dalam dua pilihan varian untuk pasaran China.
Dua varian itu ialah Standard dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) yang masing-masing berharga 20,980 yuan (RM13,640) dan 22,980 yuan (RM14,940).
Berikut perincian sportbike aras mula itu:
BACA >>> #Spyshot: Tular Foto Prototaip Sportbike Benelli 550 di China
BACA >>> Husqvarna Lancar Model Aras Mula Serba Baharu, Svartpilen 125 (2021)
- Nama sebenar ialah GPR150, tetapi diubah kepada GPR150R.
- Trenkuasa 4-silinder 4-injap silinder tunggal 149cc DOHC sistem penyejukan berkuasa 18hp @ 9,750rpm dan tork 14Nm @ 7,500rpm.
- Berat 152kg, kelajuan maksimum 130kmj dalam masa 12 saat.
- Menerima rekabentuk baharu model sport Aprilia yang lebih agresif berbanding produk generasi sebelum ini. Ada perubahan rupa fairing depan dan panel sisi mirip gaya RSV4. Lampu belakang kini bentuk segi tiga.
- Tangki minyak direka lebih selesa untuk ruang lutut penunggang selain membantu ergonomik tunggangan.
- Kapasiti tangki minyak dikurangkan kepada 14 liter berbanding 15.4 liter sebelum ini.
- Menggunakan lampu utama LED untuk kedua-dua varian.
- Panel meter TFT digital berwarna dengan ciri konektiviti telefon pintar.
- Menggunakan komponen aluminium aloi untuk mengurangkan berat keseluruhan motosikal.
- Fork depan masih teleskopik, manakala brek jenis cakera tunggal 300mm di depan dan cakera tunggal 218mm di belakang. Varian tertinggi ada ABS.
- Pelana penunggang lebih kecil untuk menepati karakter sportbike, manakala pelana pembonceng lebih tirus.
- Hadir dengan tayar radial standard Zhengxin bersaiz 100/80 R17 (depan) dan 130/70 R17 (belakang).
BACA >>> Aprilia GPR250R (2022) Lancar di China, Harga RM17.2k!
BACA >>> Espargaro: Siapa Tolak Tawaran Aprilia Pasti Menyesal
SUMBER: Yiche
Leave a Reply