• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Winner X (2021) Lancar di Maldives dengan Harga Kayangan, Mula RM23.3k!

Honda Winner X (2021) Lancar di Maldives dengan Harga Kayangan, Mula RM23.3k!

July 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PADA ketika peminat Honda di Malaysia menaruh harapan melihat supermoped Winner X (2021) masuk pasaran tempatan, pengguna di Maldives pula mungkin sedang menggaru kepala.

Negara destinasi percutian popular dunia itu menerima kiriman kontena berisi Winner X dari Vietnam pada 1 Jun lalu. Tahukah anda, harga jualannya ialah 85,600 rufiyaa (RM23,330)! 😱😱😱

BACA >>> Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
BACA >>> Pelik Tapi Benar, Harga Honda Winner X di Kedai Motor Vietnam Ikut Harga Pengeluar

Vietnam adalah antara negara terlibat dalam pengeluaran kapcai Winner X dan rata-rata penjual rasmi Honda di negara jiran itu menawarkan supermoped tersebut pada harga asas kira-kira 50 juta dong (RM9,150) seunit.

Ada juga beberapa kedai motosikal di Vietnam sanggup menjual model pencabar Yamaha Exciter 155 VVAitu  pada harga serendah 35 juta dong (RM6,406) selepas diberikan diskaun.

Antara faktor jualan harga tinggi Winner X di Maldives ialah kos pengangkutan dan mungkin juga ada kos lain. Pengedar eksklusif motosikal Honda di negara kepulauan itu ialah Sheesha Pvt.

Berikut perincian Winner X (2021) versi Maldives:

Honda Winner X PL 2021 Maldives - 2
Honda Winner X PL 2021 Maldives - 1
Honda Winner X PL 2021 Maldives - 3
Honda Winner X PL 2021 Maldives - 4
  • Ada empat warna pilihan dengan grafik badan menarik iaitu merah, biru, hitam dan triwarna.
  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 149.1 cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI, berkuasa 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
  • Sistem brek menggunakan brek cakera tunggal pada kedua-dua roda, dan dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan.
Honda Winner X PL 2021 Maldive - 1
Honda Winner X PL 2021 Maldive - 4
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.
  • Lampu utama, signal belok dan belakang jenis LED, manakala panel meter digital.

BACA >>> Mat Motor Vietnam Mengadu Asap Ekzos Honda Winner X 'Tembak' Muka Orang Belakang

Honda Winner X PL 2021 Maldive - 3
Honda Winner X PL 2021 Maldive - 5
  • Menggunakan rim sport 17 inci dengan tayar 90/80 (depan), 120/70 (belakang). Frem motosikal jenis tiub kembar.
  • Kapasiti tangki minyak 4.5 liter, tinggi pelana 795mm, berat bersih 124kg dan jarak lega bumi 150mm.

BACA >>> Tinjauan: 'Ekzos Perang' Punya Pasal, Stok Ekzos Standard Tak Cukup
BACA >>> Kapcai RS150R Versi 125cc Masuk Pasaran Indonesia, Tapi Bukan Buatan Honda
BACA >>> Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Kini di Vietnam, Harga RM8.2k, Tapi Tiada ABS

Winner X Honda PL 2021
PL Winner Honda 150 2021 Maldives - 1
PL Winner Honda 150 2021 Maldives - 2
PL Winner Honda 150 2021 Maldives - 3
Honda Winner X PL 2021 Maldives - 4
Honda Winner X PL 2021 Maldives - 3
Honda Winner X PL 2021 Maldives - 2
Honda Winner X PL 2021 Maldives - 1
Honda Winner X PL 2021 Maldive - 1
Honda Winner X PL 2021 Maldive - 3
Honda Winner X PL 2021 Maldive - 4
Honda Winner X PL 2021 Maldive - 5
Honda Winner X PL 2021 Maldive - 2

SUMBER: Honda MV

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Eksport Winner X (2021), Honda Maldives, Honda Winner X 2021 Maldives, Kapcai, roda2, Supermoped Honda, Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev