• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nak Rentas Daerah Punya Pasal, Lelaki Ini Nekad Berenang, Tapi...

Nak Rentas Daerah Punya Pasal, Lelaki Ini Nekad Berenang, Tapi...

July 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

USAHA gigih seorang lelaki yang sanggup berenang menyeberang laut di Pulau Pinang untuk bertemu rakannya mengalami kegagalan kerana penat.

Lelaki berumur 28 tahun itu terjun ke laut dari jeti feri Tanjung City Marina dan mula berenang ke Seberang Perai. Aksi itu dibuat pada 12 Julai 2021 (Isnin), kira-kira jam 6 petang.

Kenapa Tak Ikut Jalan Darat?

  • Polis Daerah Timur Laut mendakwa lelaki itu nekad berenang ke Seberang Perai selepas gagal mendapatkan kelulusan permit rentas daerah kerana tiada alasan munasabah.

Bagaimana Dia Terselamat?

  • Lelaki itu membuat keputusan berpatah balik ke jeti feri kerana penat berenang. Beberapa petugas Penang Port Sdn Bhd turut datang membantu menyelamatkan mangsa sebelum menghubungi Balai Polis Lebuh Pantai.

Siapakah Perenang Misteri Itu?

  • Pemeriksaan tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri. Mangsa cuma memberikan butiran peribadi, iaitu nama dan kad pengenalan secara lisan.
  • Berdasarakan semakan, lelaki itu berasal dari Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan berstatus penganggur.
  • Ibu lelaki itu mendakwa anaknya tidak bekerja dan sudah lama tidak pulang ke rumah, dipercayai hidup sebagai gelandangan.
  • Ibunya turut mendakwa anaknya seorang penagih tegar. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.
  • Doktor mengesahkan lelaki itu patah tangan kanan dan masih berada di hospital sama.
  • Siasatan lanjut polis akan dibuat selepas lelaki itu selesai menjalani rawatan dan dibenarkan keluar hospital.
Renang PL Rentas Polis Laut PP - 1
Renang PL Rentas Polis Laut PP - 2
Renang PL Rentas Laut PP - 2
Renang PL Rentas Laut PP - 3
Renang PL Rentas Laut PP - 1
Renang PL Rentas Laut PP - 4

SUMBER: IPD Timur Laut | Penang Kini

Related

127
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bayan Lepas, Hospital Pulau Pinang, Penang Port Sdn. Bhd., Polis Daerah Timur Laut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev