ADA 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mencapai status neutral karbon peringkat bandar menjelang 2050 menerusi pelaksanaan strategi rendah karbon dalam Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM).
Bagaimanapun, senarai bandar itu tidak didedahkan. Adakah ibu kota Kuala Lumpur salah satu daripada bendar tersebut?
Perkara itu diumumkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang menyatakan pelan induk tersebut menggariskan pendekatan 3M khas untuk pentadbir dan perancang bandar, iaitu:
- Measurement (pengukuran)
- Management (pengurusan)
- Mitigation (pengurangan)
BACA >>> #TahukahAnda: 9 Ciri Menarik Honda e yang Anda Perlu Tahu
NLCCM akan membantu PBT menetapkan hala tuju dan pendekatan sesuai dengan konsep bandar rendah karbon untuk mencapai sasaran pengurangan gas rumah kaca (GHG).
NLCCM ialah inisiatif bawah projek Pelaksanaan Teknologi Hijau untuk Pembangunan Bandar Rendah Karbon (Green Technology Application for the Development of Low Carbon Cities , GTALCC).
GTALCC pula adalah pemacu pelaksanaan inisiatif bandar rendah karbon di Malaysia. Sejak 2017, ada 64 PBT menerima kelulusan permohonan Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK).
BACA >>> Tiada Lagi Kereta Petrol, Diesel Honda Menjelang 2040
BACA >>> Emira (2022) - Kereta Petrol Terakhir Lotus Lancar 6 Julai Ini
SUMBER: Bernama
Leave a Reply