• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Fork Aftermarket Yamaha Waisuku Patah Punca Penunggang Wanita Maut

Fork Aftermarket Yamaha Waisuku Patah Punca Penunggang Wanita Maut

July 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

POLIS mengingatkan pengusaha bengkel dan penjual aksesori supaya lebih bertanggungjawab dan bukan hanya memikirkan soal untung semata-mata dengan menjual komponen motosikal tidak berkualiti kepada pelanggan.

Teguran melalui Facebook Polis Pahang itu dibuat susulan insiden kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita di Bera, Pahang. Berikut ringkasan kes:

  • Mangsa seorang wanita berstatus ibu tunggal menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.
  • Kemalangan berlaku di KM 42 Jalan Bera-Mayam. Berlaku kira-kira jam 9.10 malam pada 9 Julai 2021 (Jumaat).
  • Insiden berlaku ketika mangsa menunggang dari arah Felda Purun menuju ke Simpang Bukit Kepayang Bera.
  • Siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan motosikal selepas bahagian-T fork patah hingga membuatkan dia tersembam ke bahu jalan.
  • Mangsa mengalami kecederaan teruk pada muka dan kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Pahang mendedahkan siasatan awal mendapati punca kemalangan itu adalah disebabkan pengubahsuaian fork motosikal.

Fork asal sudah ditukar kepada alat ganti baharu jenis aluminium. Sebagai makluman, material aluminium ialah bahan mudah patah kerana membabitkan campuran besi. Polis masih menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen.41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh (foto atas, kanan) berkata:

Kepada semua pengguna kenderaan, terutama penunggang motosikal dinasihatkan mematuhi segala peraturan-peraturan yang ditetapkan serta tidak melakukan pengubahsuaian yang boleh mengundang kecelakaan seperti di atas.

"Manakala pihak bengkel pula haruslah lebih bertanggungjawab dan buka hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan menjual alat ganti yang tidak berkualiti kepada pelanggan.”

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Fork Boleh Bocor, Rosak?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Fork Teleskopik dan Terbalik (USD)?

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Pahang, Seksyen.41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my