AKSI seorang lelaki bergelut 8 minit untuk mengundur kereta hatchback jenama Toyota untuk masuk ke dalam kotak parkir di Kent, Britain menjadi tular di Internet sejak semalam.
Malah beberapa saksi kejadian menganggap pemandu lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an itu sebagai pemandu paling teruk di Britain dan cukup berbahaya berada atas jalan raya awam.
Ia kerana cubaannya mengundur Toyota itu bukan di ruang sempit tetapi di sebatang jalan lapang dekat sebuah pangsapuri.
Insiden itu dirakam pembantu perubatan lelaki, Andrei Dalca, 27, sekitar jam 7.40 malam dan disaksikan pasangan, Sophie Daniels, 26, serta sepupunya, Jacob Dalca, 25, dari unit pangsapuri sama.
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Parkir Sisi dengan Mudah?
BACA >>> Lihatlah Cara Proton X50 Masuk Parkir Sendiri, Semudah Tekan Satu Butang Sahaja
Mereka menyifatkan pemandu lelaki itu kurang keyakinan untuk mengundur sambil mengatakan dia harus kembali ke sekolah memandu bagi meningkatkan skil memandu.
Andrei berkata:
Ini sesuatu yang memalukan. Saya tidak tau siapa bagi dia lesen memandu dan ini sangat membimbangkan.
“Apa yang lawak, sudah ada garisan jelas untuk bantu dia meluruskan semula kenderaan dan banyak ruang lot parkir kosong.
“Saya kagum dengan usahanya kerana kalau orang lain, mungkin sudah putus asa. Dia ke depan ke belakang dan itu menarik perhatian saya untuk menonton aksinya.
“Ini agak mengecewakan untuk ditonton. Dia mungkin individu parkir paling teruk kat UK ni. Mungkin juga seorang pemandu bagus tetapi tak tau nak parkir kereta.”
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Brek Parkir Kereta yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: 'Jiran dari Neraka' Parkir Depan Rumah Kita?
BACA >>> Misteri Pemandu Innova Cekap Parkir Tahap Super Akhirnya Terjawab
SUMBER: Daily Mail
Perodua says
Parkir mengundur memerlukan kemahiran. Jika anda baru mengambil lesen kereta, seharusnya sellau membuat latihan parkir mengundur untuk memudahkan masa nak parkir di tempat awam.