• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 3]: Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC) Kekalkan Jarak Pandu Selamat

Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 3]: Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC) Kekalkan Jarak Pandu Selamat

September 21, 2016 By Han Othman 4 Comments

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWALAN Jelajah Radar Mazda atau Mazda Radar Cruise Control (MRCC) menggunakan radar gelombang milimeter untuk mengenal pasti kelajuan dan jarak relatif dengan kenderaan depan sebelum kelajuan kereta dikawal secara automatik.

Bekerja dengan set julat kelajuan, MRCC secara automatik melaraskan dan mengekalkan jarak pemanduan selamat dari kenderaan depan. Ciri ini banyak membantu mengurangkan beban ke atas pemandu ketika memandu jauh atau di lebuh raya.

Turut disertakan ialah Sistem Sokongan Pengecaman Jarak (DRSS) atau Distance Recognition Support System yang memaparkan jarak kereta hadapan secara visual untuk membantu mengekalkan kesedaran pemandu tentang kepentingan keselamatan.

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 1]: Bagaimanakah Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) Bekerja?

MRCC mungkin tidak beroperasi seperti dijangka disebabkan beberapa faktor seperti bentuk kenderaan hadapan (sesetengah bentuk tidak bertindak balas baik dengan radar), cuaca buruk (hujan, salji, kabus dan lain-lain) dan kondisi jalan (jalan berliku, tidak rata, dan lain-lain)

MRCC direka untuk mengurangkan risiko kemalangan dengan mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan hadapan. Bagaimanapun, sistem ini tetap ada limitasi yang tidak dapat menjamin anda dapat mengelak kemalangan 100 peratus. Seperti dimaklumkan dalam siri terdahulu, anda mesti sentiasa kekal dalam pemanduan selamat dan berhati-hati serta tidak terlalu bergantung kepada teknologi.

Malah, tidak semua model atau semua pasaran negara ada dilengkapi ciri ini. Jadi, sila hubungi pengedar Mazda terdekat untuk mengetahui maklumat lanjut.

BACA >>> Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 2]: Memandu Malam Lebih Tenang dengan Kawalan Suluh-Tinggi (HBC)

BAGAIMANA MRCC BEKERJA

mrcc-bekerja-mazda

Related

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Kawalan Jelajah Radar Mazda, mazda, Mazda i-ACTIVSENSE, Mazda Malaysia, Mazda Radar Cruise Control, MRCC

Comments

  1. Alan C says

    March 25, 2018 at 5:16 PM

    Hi. Do you know which model has MRCC?

    Reply
    • AO says

      March 26, 2018 at 12:02 PM

      Mazda CX-9 😉

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?
    #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev