KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) memberi tempoh lanjutan satu tahun secara automatik bagi kenderaan perkhidmatan awam yang sudah dan akan capai had usia yang ditetapkan dalam syarat lesen atau permit kenderaan.
Langkah itu dibuat untuk membantu pemain industri pengangkutan awam seperti pemilik teksi, bas sekolah dan bas persiaran ketika waktu sukar berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang sudah mencapai had usia maksimum penggunaan kenderaan untuk tempoh 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 akan diberi lanjutan automatik untuk setahun lagi.
Bagaimanapun, kenderaan tetap perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk keselamatan dan kelayakan berada atas jalan raya.
BACA >>> Agensi Pengangkutan Tutup Kaunter, Beri Kelonggaran Perbaharui Lesen, Permit
BACA >>> Ini Senarai Pusat Pemeriksaan Puspakom Yang Beroperasi Di Negeri PKPD
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata;
"Ini termasuk semua kelas kenderaan perkhidmatan di bawah skop tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak.
“Perlanjutan had usia bas pelancongan dan persiaran turut diselaras dengan aspek pelesenan syarikat, agensi, operator pelancongan dan pelesenan bas pelancongan serta persiaran di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang terletak di bawah skop kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac).
Keputusan dibuat susulan sesi perbincangan antara MOT bersama Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA), Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Malaysia (PPBPSM), Gabungan Teksi Semenanjung Malaysia (GTSM), Koperasi Melayu Teksi Pulau Pinang, Persatuan Teksi India Wilayah Persekutuan, Persatuan Kereta Sewa Hulu Selangor.
BACA >>> Juara WorldSBK 6 Kali, Rea Lulus Lesen Motor
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 7 Perkara yang Pemandu Kereta Kena Faham Pasal Motosikal
BACA >>> Kajian: Penunggang Motosikal Paling Kurang Stres Atas Jalan
BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?
Leave a Reply