• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Suis Lampu: Honda Jepun Panggil Balik 20,967 Unit Motosikal Termasuk CBR250RR

Masalah Suis Lampu: Honda Jepun Panggil Balik 20,967 Unit Motosikal Termasuk CBR250RR

July 12, 2021 By Shawkath Leave a Comment

353
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

 

HONDA Jepun membuat panggilan balik enam model motosikal termasuk Honda CBR250RR disebabkan penemuan satu masalah membabitkan suiz lampu utama pada bahagian kiri bar hendal.

Lima model lain terjejas ialah CRF1000L Africa Twin, CBR1000RR, CB1000R, Rebel 500 dan Gold Wing F6C. Jumlah motosikal terjejas ialah 20,967 unit termasuk 13,835 unit model CBR250RR.

Masalah dikatakan berpunca daripada hasil pematerian dan penggunaan suis secara berterusan dan in boleh melemahkan sambungan wayar pada suis atau menyebabkan lampu utama padam sepenuhnya.

BACA >>> Tiga Tahun Penantian Berakhir, Honda CBR250RR Kini di Malaysia, Harga RM25,999!

Honda Jepun akan memaklumkan pelanggan terjejas melalui kiriman mel dan medium lain serta menerbitkan pengumuman dalam majalah.

Pelanggan terjejas perlu menghubungi pengedar rasmi terdekat dan membuat janji temu untuk kerja-kerja baik pulih. Semua pemeriksaan dan baik pulih adalah percuma bagi unit motosikal dipanggil balik.

BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?
BACA >>> #Spyshot: Tular Foto Prototaip Sportbike Benelli 550 di China
BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!
BACA >>> Indonesia Jadi Lokasi Pembangunan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder?

SUMBER: TMCBlog

Related

353
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: cb1000r, CBR1000RR, CRF1000L Africa Twin, Gold Wing F6C, Honda CBR250RR Recall, Honda Jepun, Rebel 500

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev