DREAM Custom India meneruskan momentum menempah nama dalam bidang modifikasi kenderaan di India dengan mendedahkan hasil ciptaan terbaharu mereka, Lamborghini Aventador SVJ 1.8L.
Kumpulan pakar di firma tuner itu cuma memerlukan masa 25 hari untuk membentuk Lamborghini itu menggunakan badan asas Honda Civic generasi kelapan (FD).
BACA >>> Bukan Sebab Berlumba, Pemandu Kongsi Cerita Honda Civic Type R Putus Dua
Kit badan Lamborghini Aventador SVJ versi India itu nampak 90 peratus sama seperti supercar buatan Itali tersebut. Ini termasuk kit badan aerodinamik, pintu sayap camar dan rekabentuk replika ruang enjin cermin belakang.
Bagaimanapun, roda yang digunakan nampak lebih kecil berbanding Aventador SVJ sebenar. Muncung ekzos pada bampar belakang pula cuma hiasan.
Sistem lampu menggunakan mentol LED dan jalur LED pada lampu belakang. Selain itu, ruang kabin juga mendapat kemasan ala Lamborghini dengan logo lembu jantan pada stereng.
Papan pemuka juga direka semula dengan mengambil ilham rekaan kabin Aventador SVJ. Cumanya, kluster instrumen masih jelas versi Civic.
Casis Honda Civic turut ditala selaras dengan semua hasil modifikasi dilakukan. Trenkuasa Honda dikekalkan, iaitu enjin natural aspirasi (NA) 1.8L dengan kotak gear CVT dan pacuan roda depan (FWD). Sebaliknya, Aventador SVJ tulen menggunakan trenkuasa 6.5L V12 berkuasa 759hp dan tork 720Nm dengan transmisi ISR 7-kelajuan untuk agihan kuasa ke semua unit roda.
Dream Custom India sebelum ini pernah membina klon Aventador jingga berasaskan Honda Accord dan Aventador kuning berasaskan Civic.
BACA >>> Dybala Beli Lamborghini Aventador S Roadster Sempena Gol ke-100
BACA >>> #BikinKereta: Honda Civic FD2 Type R Kuning Spoon
SUMBER: Zing
Proton says
Kreativiti yang sangat menarik
Media Klik says
memang kreatif dia level special sikit