• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Amerika Lancar Vulcan S Cafe (2022), Harga RM33k!

Kawasaki Amerika Lancar Vulcan S Cafe (2022), Harga RM33k!

July 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

371
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KAWASAKI Amerika Syarikat (AS) meluaskan siri Vulcan dengan memperkenalkan varian baharu, Vulcan S Cafe serta mengumumkan skim warna 2022 untuk Vulcan S standard.

Vulcan S Cafe edisi 2022 sebenarnya berasal daripada model asas Vulcan S dan dikenakan skim warna tiga tona serta satu aksesori tambahan iaitu visor angin gelap. Ini perinciannya:

Vulcan S Cafe

  • Skim warna tiga tona ialah Ebony/Pearl Robotic White/Candy Steel Furnance Orange (putih hitam oren). Turut dikenakan liveri sporty dan lencana besar pada tangki minyak. Harganya ialah AS$7,899 (RM33,096)
  • Spesifikasi lain adalah sama seperti siri Vulcan standard iaitu trenkuasa dwi-silinder sebaris DOHC 4-lejang 649cc dengan sistem penyejukan cecair, menghasilkan tork 62.7Nm @ 6,600rpm. Kawasaki tidak mendedahkan kuasa maksimum enjin Vulcan.
  • Transmisi jenis klac manual 6-kelajuan dan menggunakan sistem pacuan jenis rantai.
  • Sistem suspensi membabitkan fork teleskopik 41mm dan sistem penyerap hentak tunggal boleh laras pada sisi kanan motosikal.
  • Rim depan berukuran 18 inci dan belakang 17 inci masing-masing dibalut tayar 120/70 dan 160/60.
  • Sistem henti jenis cakera tunggal 300mm dengan kaliper dwi-piston untuk roda depan dan 250mm kaliper piston tunggal untuk rim belakang. Tiada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Berat varian Cafe ialah 225kg iaitu lebih berat 2kg berbanding versi Vulcan S standard (223kg).

Vulcan S

Ada satu warna pilihan baharu untuk edisi 2022 iaitu Pearl Robotic White (putih). Harga motosikal naik AS$100 (RM419) menjadi AS$7,299 (RM30,582).

SUMBER: Kawasaki USA

Related

371
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kawasaki USA, Kawasaki Vulcan S, Kawasaki Vulcan S Cafe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my