• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Sedia Tempat Khas Penunggang Motosikal Berhenti Ketika Hujan di Lebuh Raya

Filipina Sedia Tempat Khas Penunggang Motosikal Berhenti Ketika Hujan di Lebuh Raya

July 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PIHAK Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA) mengumumkan ruang kosong di bawah jejambat Quezon Avenue di Lebuh Raya EDSA akan menjadi tempat henti kecemasan bagi penunggang motosikal ketika hujan lebat.

Langkah itu diambil untuk memastikan tiada penunggang motosikal menyebabkan halangan semasa mereka berhenti di tepi lebuh raya ketika hujan.

Pengerusi MMDA, Benhur Abalos berkata;

Kami faham kesukaran dan bahaya penunggang motosikal apabila mereka terpaksa berhenti di tengah-tengah jalan dan perjalanan untuk menunggu hujan berhenti.

“Ia berisiko tinggi kerana mereka boleh terlibat dalam kemalangan. Sekurang-kurangnya dengan adanya tempat berhenti kecemasan, mereka boleh berlindung dari hujan lebat.

Ruang kosong itu hanya boleh digunakan semasa cuaca hujan dan disediakan akses laluan keluar masuk serta beberapa kakitangan MMDA ditugaskan untuk menjaga kawasan berkenaan.

SYARAT GUNA RUANG PARKIR KECEMASAN

MMDA turut memasang papan tanda peringatan dan menetapkan beberapa syarat sebagai panduan penggunaan ruang khas itu:

  • Hanya boleh guna ketika cuaca hujan.
  • Parkir motosikal tempoh lama atau ke tempat lain adalah tidak dibenarkan.
  • Selepas hujan berhenti, penunggang motosikal boleh berada di situ tidak lebih 10 minit.
  • Parkir dengan betul supaya semua orang berada dalam keadaan selamat.
  • Jaga kebersihan ruang kecemasan setiap masa.
LAGI LOKASI SELAMAT BERHENTI

MMDA jugs menyediakan lebih banyak ruang berhenti kecemasan bawah jejambat termasuk di:

  • GMA Kamuning, Kamias, Santolan/Crame, Ortigas, Buendia, Tramo (pembelokan kiri) dan Roxas Boulevard.
  • Sepanjang Jalan C5 : Tandang Sora, Aurora Boulevard, C5-Libis, Pasig Boulevard dan pusingan U bertingkat C5 Kalayaan
  • Roxas Boulevard : Jejambat Roxas Jr (Delpan St), Jejambat Buendia, Jejambat Roxas Boulevard-EDSA Seaside Drive.
  • Jalan Alabang : Metro Manila Skyway (jalan bertol) dekat pondok tol SLEX South Station, South Luzon Expressway (jalan bertol) dekat Alabang Purple Hill.
  • Sepanjang Jalan Paranaque-Sucat: Akan disediakan di Jalan Chapel.

BACA >>> Ceroboh Masuk Lorong Basikal di Filipina Boleh Kena Kompaun Hingga RM420
BACA >>> JPJ Filipina Cadang Halaju 30kmj di Bandar Utama Seluruh Negara
BACA >>> Potong 'Q' Punca Petron Filipina Buat Lorong Khas untuk Penunggang Motosikal
BACA >>> RUU Filipina Mahu Hapus Notis Parkir 'Lepas Tangan', Pengusaha Kena Tanggungjawab
BACA >>> Saksikan Kastam Filipina Musnahkan McLaren 620R Baharu yang Diseludup

SUMBER: MotoPinas

Related

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Benhur Abalos, Filipina, Parkir Motosikal Filipina, Pihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev