• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Warga Brunei, Singapura, Thailand Sudah Boleh Lawat Eropah

Warga Brunei, Singapura, Thailand Sudah Boleh Lawat Eropah

July 6, 2021 By Shawkath Leave a Comment

368
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BRUNEI disenaraikan sebagai salah satu daripada 11 negara yang tidak dikenakan sekatan masuk ke Kesatuan Eropah (EU) dan negara anggota Schengen Area (dianggotai 26 negara Eropah).

Keputusan Majlis EU itu menempatkan Brunei dalam senarai negara selamat jangkitan, diputuskan dalam mesyuarat mingguan 30 Jun lalu daripada duta EU yang akan membuat penelitian terhadap status negara dunia ketiga paling selamat, setiap dua minggu.

Brunei merekodkan kes jangkitan Covid-19 rendah dengan hanya 262 jumlah kes setakat 3 Julai 2021. Kes jangkitan Covid-19 tempatan terakhir direkodkan pada 6 Mei 2020 atau 423 hari lalu.

BACA >>> UK Bebas Sekatan Covid-19 Selepas 19 Julai

Selain Brunei, negara Asena lain dalam senarai selamat ialah Singapura, dan Thailand. Anggota EU juga bersedia membuka sempadan untuk menerima kunjungan rakyat Armenia, Azerbaijan, Bosnia dan Herzegovina, Kanada, Jordan, Kosovo, Moldova, Montenegro, Qatar dan Arab Saudi.

Turut dalam senarai ialah Albania, Australia, Jepun, Lebanon, New Zealand, Macedonia Utara, Rwanda, Serbia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Pada penilaian lalu, Majlis EU menambah AS, Albania, Lebanon, Macedonia Utara, Serbia, Taiwan, Hong Kong dan Macau ke dalam senarai.

Senarai itu berkuat kuasa 18 Jun lalu, dan sebahagian besar negara EU kini membuka sempadan kepada pelawat dari senarai negara selamat dengan catatan kes Covid-19 rendah.

Bagaimanapun, negara anggota EU juga boleh mengenakan sekatan sendiri jika mendapati ada pelawat gagal melepasi ujian pemeriksaan Covid-19 atau mengenakan syarat tempoh kuarantin.

BACA >>> Kempen #BenderaPutih: Rakyat Malaysia Lancar Inisiatif Bantu Golongan Terkesan Covid-19
BACA >>> KWSP, Elya Jawab Soalan Anda Tentang Pengeluaran i-Citra
BACA >>> i-Citra Ganti i-Sinar, Ahli Boleh Keluar Simpanan KWSP Hingga RM5k!

Related

368
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: berita global, brunei, Kesatuan Eropah (EU), Negara Selamat Covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my