WHITELOCK Tinker Toy ini mungkin boleh dikatakan satu-satunya model motosikal dunia yang menggunakan trenkuasa gergasi dengan enjin 48-silinder. Model itu juga memegang rekod motosikal paling banyak silinder berfungsi dunia.
Kisahnya, model itu berasal daripada model 3-silinder sebaris 250cc Kawasaki 250 S1 berkuasa 31hp yang dimiliki Simon Whitelock dari Britain.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike
BACA >>> #BikinMotor: K-Speed Hasilkan Sut Gundam RX-78-2 untuk Honda GROM
Kerja modifikasi membabitkan susunan enam baris silinder dan setiap satu baris terdiri daripada 8 unit silinder S1. Semua silinder diambil daripada 16 unit motosikal Kawasaki 250 S1.
Selepas itu, Whitelock menyambungkan setiap silinder kepada satu transmisi yang diambil daripada model BMW. Kapasiti akhir motosikal itu ialah 4,200cc dan kekal sebagai enjin 2-lejang!
Bagi memudahkan trenkuasa gergasi itu, pemiliknya menggunakan subenjin kecil 50cc, yang dikenali sebagai ‘enjin keldai’, sebagai mekanisme pemula 48 unit silinder tersebut. Projek itu didedahkan Whitelock kepada umum pada 2003.
BACA >>> #RetroAuto: Inilah 10 Trend yang Pernah Jadi Kegilaan Mat Motor 90-an
BACA >>> #RetroAuto: Siapakah Manusia Pertama Dunia Cipta Aksi Wheelie?
BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?
SUMBER: ThrottlExtreme | Moottori
Leave a Reply