• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pedrosa Pacu Prestasi Cemerlang KTM, Bakal Berlumba atas Tiket Wildcard Musim Ini

Pedrosa Pacu Prestasi Cemerlang KTM, Bakal Berlumba atas Tiket Wildcard Musim Ini

July 2, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

SEJAK KTM kali pertama sertai kelas premier MotoGP pada 2017, pengeluar Austria itu terus mencatatkan kemajuan dan berjaya mendapatkan kemenangan pertama pada musim lalu menerusi Brad Binder. 

Musim ini, KTM kekal menjadi antara pencabar utama kejuaraan melalui Miguel Oliveira yang sudah pun mendapatkan kemenangan pertama di Catalunya bulan lalu. Dalam kedudukan keseluruhan, Oliveira berada di tempat ketujuh selepas berjaya mengumpul 85 mata. 

BACA >>> Oliveira Julang KTM Juara GP Sepanyol, Quartararo Kena Penalti Sebab Tayang Dada
BACA >>> Gardner ke MotoGP Musim Depan, Sertai KTM Tech3!

Dalam satu temu ramah, Oliveira menerangkan bahawa perubahan besar dilakukan pasukan itu adalah pada pasukan pembangunan. 

“Kami ada pelumba ujian iaitu Pedrosa yang dah menjalankan kerja sangat baik. Selain itu, bahagian komunikasi juga antara aspek yang dah diperbaiki.”

Tidak dapat dinafikan input diberikan bekas pelumba MotoGP, Dani Pedrosa adalah antara faktor terbesar yang menyumbang kebangkitan KTM sejak musim lalu. Jentera RC16 itu juga masih menjalani ujian untuk penambahbaikan lanjut. 

Lebih menarik, KTM juga mengesahkan bahawa Pedrosa bakal bersaing dalam perlumbaan MotoGP musim ini atas tiket wildcard. Pelumba Sepanyol itu masih belum membuat keputusan litar manakah yang akan menjadi pilihan namun ura-ura kuat mengatakan dia akan berlumba di Misano.

BACA >>> KTM Setuju Teruskan Kerjasama dengan Tech3 Hingga 2026
BACA >>> KTM 890 Duke Tech 3 Limited Edition (2021) dengan Seragam Gaya MotoGP, Harga RM57k!

SUMBER: GPone.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dani Pedrosa, KTM, KTM Red Bull, Miguel Oliveira, Misano, MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev