• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Setuju Teruskan Kerjasama dengan Tech3 Hingga 2026

KTM Setuju Teruskan Kerjasama dengan Tech3 Hingga 2026

May 4, 2021 By Arif Leave a Comment

217
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal dari Austria, KTM mencapai persetujuan dengan Tech3 untuk meneruskan kerjasama dalam MotoGP untuk lima musim lagi. Ini bermakna pasukan dari Perancis itu akan terus menggunakan jentera KTM hingga 2026.

Perjanjian berkenaan sudah pun lama dipersefahami secara lisan terlebih dahulu, dan kini persetujuan secara formal pula dicapai. Ini seiring perjanjian KTM bersama Dorna untuk terus bersaing dalam MotoGP, juga untuk lima musim lagi. 

Tech3 mula menggunakan jentera KTM pada 2019 dengan perjanjian tiga tahun. Sebelum KTM, pasukan itu sinonim dengan jentera Yamaha.

Kerjasama dengan KTM membuahkan hasil musim lalu apabila Miguel Oliveira menghadiahkan kemenangan MotoGP pertama untuk Tech3 dalam aksi GP Styrian di Austria.

Perjanjian tersebut akan menyaksikan kemunculan empat jentera KTM RC16 spesifikasi penuh untuk lima tahun akan datang. Musim ini juga menandakan 20 tahun penglibatan Tech3 dalam saingan  MotoGP.

Pasukan berstatus satelit itu ditubuhkan pada 1990 dengan menikmati pencapaian signifikan dalam kelas 250cc sebelum memutuskan menyertai kelas lebih tinggi.

BACA >>> Suzuki Kekal Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026!
BACA >>> Lengan Sakit Punca Prestasi Quartararo Merosot Mengejut

SUMBER: RoadRacingWorld.com

217
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: KTM, KTM RC16, KTM Tech3, Miguel Oliveira, MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my