• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Hilang Kuasa, Porsche Bakal Panggil Balik Taycan Peringkat Global

Masalah Hilang Kuasa, Porsche Bakal Panggil Balik Taycan Peringkat Global

July 2, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR kereta mewah Jerman, Porsche dilaporkan sedang bersiap sedia memanggil balik (recall) semua model elektrik Taycan secara global berhubung laporan diterima mengenai masalah kehilangan kuasa mengejut. 

Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat sudah pun memulakan siasatan berhubung isu ini pada 17 Mei lalu selepas menerima sembilan aduan daripada pemilik. 

BACA >>> Kereta Elektrik Hilang Kuasa Mengejut, NHTSA Siasat Porsche Taycan
BACA >>> Kereta Sport Elektrik, Porsche Taycan (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM725k

Aduan diterima daripada pemilik model Taycan 2020 dan 2021. Dalam laporan, pemilik mendapati kuasa kereta hilang ketika sedang bergerak tanpa sebarang amaran. Enam daripada sembilan laporan tersebut juga mengatakan kereta tidak boleh dihidupkan lagi selepas masalah berlaku. 

Trenkuasa digunakan Porsche Taycan ialah pek bateri litium-ion 800V dengan bateri tambahan berkapasiti 12V. Pejabat Siasatan Kerosakan NHTSA mendapati kehilangan caj pada bateri 12V mungkin menyah aktifkan seluruh sistem elektrik dan menghalang kereta daripada beroperasi.

Laporan Bloomberg pula melaporkan terdapat sumber boleh dipercayai mendakwa Porsche akan mengumumkan notis panggil balik Taycan secara global dalam beberapa hari akan datang. Panggil balik itu akan membaiki masalah perisian yang dikatakan menjadi punca utama masalah berkenaan. 

BACA >>> Kereta Porsche Boleh Gubah Lagu Ikut Gaya Memandu
BACA >>> Exclusive Manufaktur: Program Khas untuk Pelanggan Porsche Reka Sendiri Kereta Idaman

SUMBER: Autoblog.com

Related

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Panggil Balik, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Porsche, Porsche Taycan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev