• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Siapakah Manusia Pertama Dunia Cipta Aksi Wheelie?

#RetroAuto: Siapakah Manusia Pertama Dunia Cipta Aksi Wheelie?

July 2, 2021 By Shawkath Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

AKSI menunggang basikal atau motosikal dengan tayar depan diangkat dari permukaan tanah atau wheelie sudah berusia hampir 124 tahun.

Tunggangan wheelie menjadi fenomena global apabila ramai anak muda obses melakukannya dan tidak kurang juga pelumba profesional ternama dunia. Kononnya, anda belum cukup hebat menunggang kalau tidak pandai wheelie.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Cara Selamat Tunggang Motor Atas Permukaan Jalan Licin

Siapa Cipta Wheelie?

wheelie 1
wheelie 2

Gaya wheelie khabarnya dicipta Daniel J Canary, iaitu penunggang lagak ngeri basikal dari Amerika Syarikat (AS) yang turut popular di beberapa negara lain.

Canary sebenarnya seorang pengirim telegram di Meriden, Connecticut di AS pada 1879. Dia dikatakan pandai melakukan pelbagai aksi menarik sambil menunggang basikal jenis ordinari (ordinary bicycle) atau roda tinggi (high-wheel bike) seperti foto di bawah.

Sebenarnya, Canary tidak membeli basikal itu, tetapi mendpat hadiah daripada pembeli sebenar bernama Edwin Everitt.

Akhbar The Meriden Weekly Republican pada 28 Mac 1907 melaporkan, Everitt menghadiahkan basikal itu selepas ditimpa kemalangan patah tangan akibat terjatuh ketika belajar mengayuh.

Canary turut menyertai sukan lumba di kawasan sendiri dan di beberapa trek sekitar awal 1880. Selepas itu, beliau mula memberi fokus pada aksi lagak ngeri dengan melakukan beberapa persembahan luar Connecticut, antaranya di Paris.

Pada 1883, akhbar Washington Evening Star melaporkan kehebatan Canary melakukan aksi memukau seperti mengayuh basikal sambil berpeluk tubuh dan tayar belakang terangkat, membuat flip, menunggang dengan tayar depan sambil spin dan menjadikan unicycle (menunggang dengan satu tayar).

Bukan senang menunggang basikal ordinari, silap kayuh boleh tersungkur.

Lebih mengejutkan, beliau juga melakukan aksi di tangga Bangunan Capitol AS dengan menunggang menurun tangga menaiki ordinary bicycle.

Aksi wheelie sebenarnya dibuat menggunakan basikal jenis safety bikes (basikal yang biasa dilihat zaman sekarang) di Niagara Falls, dilaporkan Tribune.

(Dia) membuat persembahan, yang dianggap mustahil, menunggang dengan tayar belakang dan tayar depan terangkat. Canary percaya dia ialah penunggang pertama membuat aksi itu.”

BACA >>> Tuisyen I Want to Wheelie Ajar Penunggang UK Cara Wheelie dengan Betul
BACA >>> Penunggang Australia Buat Wheelie Boleh Kena Kompaun, Motosikal Dilelong
BACA >>> Tak Pernah Dibuat Orang, Wheelie Vespa Sambil Bawa Telur Atas Sudu
BACA >>> Amaran Polis Scotland: Gantung Lesen 6 Bulan dan Kompaun Kalau Wheelie di Bulatan

SUMBER: TriviaHappy | VelocipedeGallery

Related

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Bapa Wheelie, Dan Canary (Daniel J. Canary), Daniel J. Canary, pengasas wheelie, Raja Pacak, Retro Auto, wheelie

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev