• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 6 Kenderaan Menarik Perlu Tonton dalam Filem Fast 9

#TahukahAnda: 6 Kenderaan Menarik Perlu Tonton dalam Filem Fast 9

July 2, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

FRANCAIS filem Fast & Furious sudah memasuki siri kesembilan dengan judul Fast 9. Walaupun menampilkan aksi yang berlebih-lebihan, filem itu tidak pernah gagal memperkenalkan deretan kereta menarik kepada penonton.

Mari kita lihat model apa pula yang menggemparkan filem aksi penuh kesembilan ini:

1. MUSTANG GT350

Dalam filem ini, Mustang GT350 digunakan John Cena yang memegang watak sebagai adik kepada Dominic Toretto, Jakob Toretto. Pengarah filem, Justin Lin memilih kereta ini kerana merasakan Mustang ialah lawan sesuai untuk Dodge Charger yang sinonim dengan watak Dom. 

Mustang GT350 dikuasakan enjin V8 5.2L berkuasa 526hp dan tork 582Nm.

BACA >>> Covid-19: Filem Fast and Furious 9 (Fast 9) Ditunda Tahun Depan!
BACA >>> Toyota Supra Baharu Bakal Muncul dalam 'Fast and Furious 9'?

2. DODGE CHARGER

Ini kereta wajib kerana dipandu watak utama, Dominic Toretto lakonan Vin Diesel. Kali ini Dom dikatakan menggunakan empat model Charger berbeza. Jika anda mahu lihat semua, haruslah menonton sendiri.

Charger (2021) dikuasakan enjin V6 3.6L berkuasa 292hp dan tork 353Nm.

3. PONTIAC FIERO

Inilah antara tarikan utama kerana ini bukan Pontiac Fiero biasa di pasaran. Model versi filem sudah diubah suai menjadi kereta yang dilengkapi enjin besar di belakang untuk digunakan di angkasa lepas. Model ini dipandu Roman, lakonan Tyrese Gibson dan Tej (Ludacris). 

4. TOYOTA 86

Menurut Koordinator Gambar Fast 9, Dennis Mccarthy, kereta ini dibiarkan dalam kondisi standard kerana sudah cukup cantik untuk dipaparkan dalam filem. Perubahan hanya dibuat pada aspek pemprograman kerana banyak ciri perlu dinyah aktif supaya boleh beraksi drift, burnout dan lain-lain.

Toyota 86 menggunakan trenkuasa enjin boxer 2.0L berkuasa 205hp dan tork 212Nm.

BACA >>> Toyota Supra Dipandu Paul Walker dalam Fast & Furious Dilelong RM2.3 Juta!
BACA >>> Nissan 370Z Milik Paul Walker dalam Filem Fast Five Dilelong RM428k!

5. TRAKTOR-TRELER MERCEDES KUSTOM

Ini antara kenderaan yang dibina khas untuk filem ini. Dibina berasaskan trak Mercedes, hanya bahagian frem dan gandar saja yang diambil daripada model asal. Bahagian lain dibina khas untuk model ini. 

6. YAMAHA YZ450

Digunakan watak heroin, Letty lakonan Michelle Rodriguez. Motosikal dirt bike ini diubah suai menjadi lebih klasik supaya sepadan dengan imej dan karakter Letty. Lampu depan dan tangki minyak antara komponen diubah, berasal daripada model YZ keluaran 80-an.

Model asal versi 2021 dikuasakan enjin 449cc DOHC berkuasa 53.1hp dan tork 44Nm.

BACA >>> 'Fast & Furious' di Jalan Ampang, Lelaki Nekad Lawan Arus, Langgar Pencuri Kereta Adik
BACA >>> Koordinator Lagak Ngeri Dedah Rahsia Dodge Charger Heret Peti Besi dalam Filem 'Fast Five'

SUMBER: Road&Track.com

Related

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Dodge Charger, Fast & Furious, Fast 9, John Cena, Mustang GT 350, Pontiac Fiero, Toyota GT86, Vin Diesel, Yamaha YZ450

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev