• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Chevrolet Malibu (2014) - RM153,888

PREVIU: Chevrolet Malibu (2014) - RM153,888

September 3, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Chevrolet Malibu Launch_2DESAS-DESUS ketibaan model Chevrolet Malibu LTZ akhirnya terjawab apabila pengedarnya di Malaysia, Naza Quest Sdn Bhd secara rasminya melancarkan model itu ke pasaran tempatan.

Jika ikutkan perancangan, model sedan eksekutif itu sepatutnya diperkenalkan pada awal tahun ini. Namun atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, ia terpaksa ditangguhnya. Biarpun agak lambat tiba di pasaran tempatan, ia langsung tidak merencatkan perancangan Naza Quest yang menyasarkan penjualan sebanyak 2,400 unit dalam tempoh 12 bulan akan datang, bersandarkan kepada rekod prestasi model serantau yang positif.

Ketua Pegawai Operasinya (COO), Norzahid Mohd Zahudi berkata, pihaknya menjangkakan model baharu itu bakal mendapat sambutan menggalakkan dan akan menyumbang kirakira 10 hingga 12 peratus kepada jumpah jualan dalam tempoh yang sama.

Memposisikan dirinya dalam segmen D, Malibu dijangka bersaing hebat dengan pesaingnya yang terdiri daripada Nissan Teana, Honda Accord, Mazda6 dan Toyota Camry.

Chevrolet Malibu Launch_8PRESTASI

Di sebalik hud, Malibu dijana unit enjin Ecotec DCVCP (Dual Continuous Variable Cam Phasing) bersesaran 2.4L. Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 165hp pada 5,800rpm dan tork 225Nm (4,600rpm).

Biarpun dijana enjin bersesaran tinggi, Malibu dikhabarkan mampu menawarkan penggunaan bahan api yang efisien tanpa menggugat keupayaan prestasi enjin. Atas kertas, Malibu menawarkan penjimatan bahan api dengan catatan penggunaan sekitar 7.8L bagi setiap 100km.

P1220382LUARAN

Hadir dengan rekabentuk yang sporty dan menarik, sosok badan Malibu yang mantap membuatkan ia tampak mewah serta eksekutif. Melihat dari padangan hadapan rekabentuknya tampak seiras seperti 'abangnya', Chevrolet Camaro. Ya, bahagian hadapan Malibu sebenarnya diilhamkan daripada Camaro. Kehadiran garisan sisi membuatkan ia tampak lebih aerodinamik dan maskulin.

Chevrolet Malibu Launch_6P1220392    Chevrolet Malibu Launch_3 Chevrolet Malibu Launch_7  Chevrolet Malibu Launch_9  P1220395  P1220446Penampilan hadapan Malibu LTZ hadir dengan gril berwarna hitam dengan lingkaran krom bersama padanan lampu utama HID. Bagi tampak lebih sporty, ia hadir dengan padanan rim aloi bersaiz 18 inci bersama 'pasangannya' 245/45 R18 jenama Bridgestone.

DALAMAN

Memasuki ruang kabin, penggunaan material premium dengan kombinasi warna hitam dan perak memenuhi segenap ruang dalaman Malibu. Papan pemuka pula tampak ringkas dan padat dengan kehadiran sistem audio dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci. Ia juga dilengkapi dengan enam pembesar suara yang diletakkan di segenap ruangan kabin.

Chevrolet Malibu Launch_12P1220434  P1220404  P1220437  Chevrolet Malibu Launch_11P1220449Tipikalnya bagi sebuah kenderaan segmen D adalah keselesaan ruang kabin. Malibu LTZ turut memiliki ruang kabin yang mengagumkan dengan memiliki panjang bersaiz 4,865mm dan lebar 1,855mm. Ruang kaki lebih luas walaupun kerusi pemandu dan penumpang hadapan dilaraskan sehingga maksimum ke belakang.

Antara ciri lain yang boleh didapati pada model dari negara Uncle Sam ini adalah sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan penghawa dingin automatik zon tunggal.

KESELAMATAN

Aspek keselamatan, Malibu LTZ hadir dengan empat beg udara, Simtem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Sistem Kawalan Stabiliti Elektronik.

Sistem suspensi pula disokong oleh topang MacPherson pada bahagian hadapan yang 'bekerjasama' dengan multi-rangkai (multi-link) suspensi belakang mampu menghasilkan pemanduan lebih stabil dan selamat. Lebih penting, Malibu turut mendapat pengiktirafan 5-bintang daripada NCAP.

Hadir dengan jaminan lima tahun atau 200,000km perbatuan (mana tiba dahulu), Malibu LTZ dijual pada harga RM153,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Pengguna turut ditawarkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Moulin Rouge Red Metallic, Carbon Flash Metallic, Olympic White dan Switchblade Silver.

P1220398SPESIFIKASI

ENJIN 2.5L Ecotec
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 165hp@5,800rpm
TORK MAKSIMUM 225Nm@4,600rpm
RODA 245/45 R18
HARGA RM153,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Chevrolet Camaro, Chevrolet Cruze, Chevrolet Malibu LTZ, COO Naza Quest, Desas-Desus, Ecotec DCVCP (Dual Continuous Variable Cam Phasing), Naza Quest Sdn Bhd, Norzahid Mohd Zahudi, uncle sam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev