• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perlis, Kelantan dan Terengganu Bebas 'Total Lockdown' Minggu Depan?

Perlis, Kelantan dan Terengganu Bebas 'Total Lockdown' Minggu Depan?

July 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERLIS, Kelantan dan Terengganu dilaporkan tersenarai antara negeri yang dijangka beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) seawal-awalnya minggu depan.

Menurut laporan portal berita Astro Awani, keputusan menamatkan perintah berkurung sepenuhnya itu mungkin menjadi kenyataan jika nilai ambang semua negeri berkenaan dapat dilandaikan mengikut kriteria digariskan PPN.

BACA >>> Betul Ke Hujung Tahun Baru Boleh Balik Kampung?
BACA >>> KWSP, Elya Jawab Soalan Anda Tentang Pengeluaran i-Citra

Malah, perincian peralihan di semua negeri tersebut sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa hari lalu.

Pendekatan secara berasingan itu dikatakan antara kaedah mengelak mana-mana negeri yang mencatat perkembangan positif fasa pemulihan, tetapi terhalang hanya disebabkan kes harian Covid-19 tinggi di Selangor.

SELANGOR JADI PUNCA?

Kerajaan juga khabarnya akan mengambil langkah kawalan lebih tegas untuk mengawal Selangor yang menjuarai rekod tertinggi harian Covid-19 sejak sekian lama. Bagaimanapun, maklum balas dan pengesahan lanjut daripada Pejabat Perdana Menteri mengenai perkembangan tersebut masih dinanti.

Dalam perkembangan sama, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini dijangka mengumumkan tindakan sewajarnya di Selangor dan Kuala Lumpur memandangkan kedua-dua negeri itu masih mencatatkan jangkitan Covid-19 tertinggi.

Ismail berkata, agak mudah melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Selangor kerana negeri itu memiliki banyak daerah dan mukim. Bagaimanapun, situasi itu berbeza di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Itu yang kita sedang kaji. Insya-Allah petang ini saya umumkan tindakan kita di Selangor dan Kuala Lumpur yang kita nampak menyebabkan kes tidak turun."

BACA >>> i-Citra Ganti i-Sinar, Ahli Boleh Keluar Simpanan KWSP Hingga RM5k!
BACA >>> Kempen #BenderaPutih: Rakyat Malaysia Lancar Inisiatif Bantu Golongan Terkesan Covid-19

SUMBER: AstroAwani | AstroAwani

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Berita Tempatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pejabat Perdana Menteri, Pelan Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Total Lockdown

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev